Wednesday 22 June 2011

POTENSI (Program Tuisyen Intensif)



Glosari
POTENSI - Program Tuisyen Intensif
Peserta - Peserta yang menyertai POTENSI
Fasilitator - Para 'cikgu' (baca: guru, murabbi, mas'ul etc.) yang mengendalikan POTENSI.



Mohon perhatian kepada penggerak-penggerak KeARAH, anda semua terlibat dalam projek ini.

Modus Operandi

PHASE I | Trials (Percubaan)

Timeframe: 21 Jun - 14 Julai 2011 (3 Minggu)

Participants: Semua Penggerak KeARAH

(Rujuk Appendix I)

a. Set Yourself Up (SYU)
- Pilih tempat yang sesuai (cth: rumah, pejabat JKKK, ruang legar masjid, taman etc.)
- Pilih subjek dan tingkatan yang antum mahir (cth: Bahasa Inggeris? Matematik? etc.)
- Makluman kepada dan izin daripada ibu bapa antum.
- Kaji jadual harian dan minggu, pilih satu masa (7:00 PM - 10:30 PM) yang sesuai dari hari-hari antum..
- Sekiranya anda tidak confident untuk melakukannya seorang, ajak seorang/dua shbt sejantina utk menemani dan membantu antum.

b. Pilih Mad'u
- Santuni & ta'aruf remaja di kawasan kejiranan / kariah masjid antum. Ingat! Senyum sokmo.
- Berdasarkan subjek dan tingkatan yang dipilih, cari remaja yang bersesuaian dalam lingkungan (maksimum 12 orang) dan ajak mereka menyertai POTENSI. (pamplet disediakan)
- Nyatakan waktu dan tempat kepada remaja yang bersetuju dan diizinkan oleh ibu bapa mereka. Sekiranya setelah dibincangkan dengan mereka, masa yang antum pilih tidak sesuai dengan jadual mereka, cuba adjust kepada masa yang lebih sesuai.

c. Laksana!
- Hubungi dan ingatkan peserta POTENSI tentang masa dan tempat POTENSI dijalankan sehari dan lima jam sebelum POTENSI dilaksanakan. Pastikan mereka membawa alat tulis, buku latihan, senaskhah al-Qur'an/Iqra'/Muqaddam/al-Ma'thurat dsbgnya.
- Sediakan makanan dan minuman.
- Siapkan bahan-bahan berkaitan silibus, latih tubi, tutorial. Sebaiknya ada papan putih/hijau, marker pen (whiteboard) / kapur secukupnya (dua/tiga warna lagi bagus), pen merah, kalkulator, buku teks/rujukan + buku latihan, kertas A4 dsbgnya.
- Siapkan diri anda dengan tajwid, silibus terkini.
- Latih utk bersenyum.

d. Evaluate
- Buat analisis pencapaian peserta.(Borang disediakan)

PHASE II | Evaluation I (Penilaian)
Timeframe: 15 Julai - 23 Julai
Participant: KeARAH Negeri & Pusat

a. KeARAH Negeri akan mengumpulkan data dari fasilitator POTENSI di seluruh negeri.
b. Analisis berdasarkan data yang dikumpul akan dibuat.
c. Perbentangan perlaksanaan setiap negeri.
d. SWOT analisis akan dibuat di Mesyuarat BPKR & KeARAH di KOPLIT, Kajang pada 23 Julai.
e. Modul baru yang telah diperkemaskan dikeluarkan untuk perlaksaan menyeluruh di setiap negeri.

PHASE III | Official Nationwide Execution (Perlaksanaan Rasmi di Seluruh Negara)

a.Nantikan hasil pengumuman lanjut dari KeARAH Pusat.

APPENDIX I (Kertas Kerja)________________________________________________

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّلِحَتِ لَهُمْ جَنَّتُ ٱلنَّعِيمِ
” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan” (Luqman: 8)

1.0 PENDAHULUAN
Realiti masyarakat pada hari ini menyaksikan bahawa keruntuhan aqidah dan akhlak dikalangan remaja telah menjadi semakin parah hari demi hari. Dengan permasalahan yang ada, remaja perlu di bimbing untuk berubah daripada tiada matlamat hidup kepada mempunyai matlamat hidup yang jelas sebagai hamba kepada Allah SWT. Tanggungjawab merubah manusia daripada menyembah sesama makhluk/sistem kepada kembali menyembah dan beriman kepada Allah SWT adalah merupakan ’taklif Rabbani’ kepada kita selaku insan terpilih yang diberi hidayah oleh Allah SWT yang memahami fikrah Da’wah dan Tarbiyah yang amat berharga ini.

Sehubungan dengan itu, projek PROGRAM TUISYEN INTENSIF (POTENSI) dicadangkan sebagai salah satu platfrom da’wah kepada remaja-remaja diperingkat sekolah menengah sejajar dengan visi dan misi Jamaah untuk merubah dan memimpin masyarakat.

2.0 LATAR BELAKANG
Di dalam Mesyuarat Agung dan Seminar HALUAN Pusat pada 21 & 22 April 2007 yang lepas di Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan bengkel da’wah dimana peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan projek-projek da’wah kepada masyarakat. Di dalam bengkel tersebut terdapat cadangan agar ditubuhkan Haluan Tuisyen Centre (HTC) bagi menyebar luaskan da’wah dan tarbiyah kepada masyarakat dimana hasilan daripada pembentangan tersebut, disyorkan agar satu kertas cadangan dikemukakan kepada HALUAN untuk pertimbangan, kelulusan dan dipanjangkan kepada setiap negeri mengikut kemampuan dan kesesuaian setempat.

Kertas Cadangan POTENSI ini diubahsuai dari Kertas Kerja asal penubuhan Haluan Tuisyen Centre (HTC) untuk kesesuaian pelajar-pelajar IPT semasa cuti semester.

3.0 OBJEKTIF
POTENSI ditubuhkan bertujuan untuk:
3.1 Menyediakan platform menyebarluaskan da’wah kepada remaja dan ibubapa.
3.2 Menyediakan bakal-bakal rijal da’wah & tarbiyah pada masa hadapan
3.3 Menyediakan calon pelajar untuk dimasukkan ke institusi pendidikan tinggi seperti KTD, IPTA, sekolah-sekolah, dll.
3.4 Melatih sahabat / sahibah pelajar IPT untuk menggerakkan da’wah secara amal jamaie.

4.0 KONSEP POTENSI

4.1 Konsep Pelaksanaan
POTENSI ditubuhkan bermatlamat untuk menjadi platform penyebaran da’wah kepada masyarakat melalui perkhidmatan tuisyen kepada remaja-remaja di sekolah menengah. Melalui perkhidmatan tuisyen, da’wah dan tarbiyah dapat dilaksanakan kepada pelajar dan juga ibubapa pelajar melalui format tuisyen yang berlainanan daripada pusat-pusat tuisyen yang ada di dalam masyarakat.

Pelajar: Pelajar akan melalui proses tarbiyah secara tidak langsung dimana setiap pelajar yang mengikuti POTENSI wajib mengikuti setiap program tanpa terkecuali. Pelajar perlu menghadiri kelas tuisyen seawal maghrib untuk solat maghrib berjamaah bersama tenaga pengajar. Kemudian perlu mengikuti halaqah quran/tadarrus quran sehingga waktu Isya’. Selepas solat Isya’ berjamaah, kelas tuisyen akan bermula sehingga jam 10/9.30 mlm mengikut kesesuaian. Sebelum bersurai, minuman ringan akan disediakan untuk dinikmati bersama di antara pelajar dan pengajar.

Ibubapa: Bagi program da’wah ibubapa pula, untuk jangkamasa 3 bulan sekali, POTENSI akan menganjurkan rehlah diantara ibubapa, pelajar dan sahabat/sahibah daerah yang berkaitan. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara ibubapa, pelajar dan pengajar serta dapat memberikan input-input da’wah kepada ibubapa pelajar yang berpotensi (jika masa mengizinkan).

4.2 Tenaga Pengajar
POTENSI memerlukan tenaga pengajar dikalangan pelajar IPT yang balik bercuti semester yang mampu mengajar termasuk dikalangan sahabat/sahibah Negeri yang mampu mengendalikan halaqah-halaqah quran.

4.3 Matapelajaran
POTENSI tidak menetapkan kepada mana-mana matapelajaran yang tertentu. Sahabat/Sahibah boleh memilih mana-mana matapelajaran yang dirasakan mampu dan bersesuaian untuk diajarkan dalam POTENSI.

4.4 Pelajar-pelajar Sasaran
Ciri-ciri pelajar yang disasarkan adalah:
- Mempunyai kualiti sahsiah yang baik (ini akan dapat dilakukan melalui tapisan program dimana hanya pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik sahaja akan dapat bertahan untuk mengikuti POTENSI kerana POTENSI bermula dengan solat maghrib, halaqah quran dan solat isya’).
- Mempunyai kualiti akademik yang baik (sasaran penerusan di IPTA @ melahirkan profesional).
- Mempunyai kualiti akademik yang sederhana (sasaran sebagai calon pelajar di KTD @ melahirkan profesional). Ini bukan bermaksud merendahkan tahap kemasukkan ke KTD tetapi kebiasaannya pelajar-pelajar cemerlang di luar sana lebih memilih untuk ke IPTA. Jadi, sasaran awal untuk pelajar-pelajar sederhana adalah perlu untuk kemasukkan ke KTD.

Kumpulan sasaran:
- Pelajar Tingkatan 5 (SPM 2011)
- Pelajar sekolah menengah yang akan menduduki peperiksaan SPM 2011 adalah menjadi sasaran utama. Segmen pelajar yang menjadi perhatian adalah dari keluarga yang agak susah, masih belum ada tuisyen formal di luar, atau mana-mana yang berminat untuk tambahan. Justifikasi adalah lebih kepada ’attachment’ untuk marketing KTD setelah tamat SPM 2011 nanti.
- Kumpulan menengah rendah:-
Pelajar sekolah menengah bermula di tingkatan 1. Tuisyen kepada pelajar tingkatan 1 ditekankan supaya mereka dapat berada dalam POTENSI selama 3 tahun sebelum menduduki peperiksaan PMR.
- Kumpulan menengah atas:-
Pelajar sekolah menengah bermula di tingkatan 4. Tuisyen kepada pelajar tingkatan 4 ditekankan supaya mereka dapat berada dalam POTENSI selama 2 tahun sebelum peperiksaan SPM.

4.5 Tempat
POTENSI boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah (IPS), surau-surau, rumah-rumah sahabat/sahibah, balai raya @ sekolah agama rakyat atau tempat-tempat yang bersesuaian.

4.6 Kekerapan Tuisyen
Kekerapan tuisyen yang dianjurkan adalah minima sekali seminggu sahaja. Ianya bergantung kepada kesesuaian setempat dan kelapangan tenaga pengajar.

4.7 Format Pelaksanaan
POTENSI menekankan kepada tuisyen yang berteraskan da’wah dan tarbiyah. Sehubungan dengan itu, setiap pusat-pusat POTENSI WAJIB mengikuti format pelaksanaan yang telah ditetapkan:-
MASA* AKTIVITI
7.00 – 7.15 mlm : Solat Maghrib berjamaah
7.15 mlm : Taddarus Quran/Kelas Iqra’/Mathurat
8.00 mlm : Solat Isya’ berjamaah
8.45 mlm : Tuisyen
10.30 mlm : Minum malam dan bersurai
* masa bergantung kepada waktu solat setempat.

5.0 YURAN
Memandangkan bahawa POTENSI ditubuhkan bertujuan sebagai platform da’wah dan tarbiyah maka, yuran tuisyen adalah dianjurkan seminima yang mungkin iaitu sebanyak RM5/pelajar/bulan sahaja atau PERCUMA (bagi keluarga susah). Yuran ini adalah bertujuan untuk urusan penyediaan minuman malam bagi para pelajar. Bagi tenaga pengajar dikalangan shbt/shbh pelajar-pelajar IPT disyorkan bahawa shbt/shbh daerah menyediakan tabung bagi bayaran saguhati bagi khidmat shbt/shbh pelajar IPT tersebut.

6.0 PENUTUP DAN HARAPAN
Didoakan semoga cadangan POTENSI akan mendapat pertimbangan dan kelulusan Amanah-Amanah berkaitan untuk dilaksanakan di setiap daerah yang mempunyai kemampuan dari segi tenaga pengajar, tempat dan komitmen.

Mudah-mudahan projek POTENSI ini akan dapat memberi impak yang positif kepada da’wah dan tarbiyah serta meletakkan HALUAN sebagai NGO yang menyumbang kepada perubahan Islam yang baik di dalam masyarakat selaras dengan halatuju visi dan misi Jamaah.

No comments:

Post a Comment