Monday 12 December 2011

luahannya penuh pengharapan buatmu y bergelar WANITA





Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan saudari perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah. 
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. 

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati. 


Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda…. 


Ingat, wajah anda, anugerah Allah. 
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam.. 
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan... 
sian pada suami anda kerna hak nya anda dah khianati

Thursday 8 December 2011

PERKAHWINAN = pilihan keluarga vs pilihan hati !!!


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Dialah Allah yang mengatur setiap saat kehidupan kita di atas muka bumi Allah ini, sejak kita di alam rahim lagi sudah Allah tentukan hidup, mati, jodoh, dan rezeki utk kita. Hari ini penulis tergerak hati utk kongsikan pengalaman seorang  hamba Allah yang melalui perjalanan kehidupannya di khitbah..yang menjadi tanda tanya di hatinya apakah dia akan memilih pasangan pilihan keluarga atau pasangan pilihan hatinya, tp jawapannya bukanlah pilihan keluarga atau pilihan hatinya,tp jiwanya lebih kepada pilihan Allah utknya, biarlah bagaimana rupanya, hartanya, kerana yang terpenting agamanya.

Gadis ini diberi nama Hanan(bukan nama sebenar), sejak kecil dia memang seorang yang pendiam, tp sangat mudah didekati oleh orang-orang disekelilingnya kerana sifatnya yang lemah lembut, juga taat kepada kedua orang tuanya..Dia tidak lah memiliki wajah yang cantik, tp kulitnya putih kemerah-merahan, tp sangat mudah menangis apabila hatinya diusik. Itulah serba ringkas tentang peribadi Hanan ini.

Seusia 16 tahun(tingkatan 4), masih diperingkat sekolah menengah, dia pernah dikhitbah oleh jirannya yang pernah tinggal berdekatan dengan rumahnya, peribadi rijal tersebut sangat sejuk mata memandang, kopiah sentiasa di kepala x kira waktu main atau belajar, ble masuk waktu solat, pasti diajak rakan2 sepermainannya untuk solat bersama di surau berdekatan,

Meningkat umurnya 17 tahun setelah tamat Hanan menduduki SPM , 2 keluarga dr negeri Terengganu datang menyatakan hasrat yang sama utk mengkhitbah dirinya menjadi sebahagian dr keluarga mereka. 2 rijal yang Allah datangkan juga sangat berperibadi mulia, sangat soleh, menjaga agama malah sanggup berkorban utk agamanya.

Umurnya terus meningkat, sehingga dia menjadi salah seorang penuntut di salah sebuah Kolej di negeri serambi Mekkah. Hanan mengambil jurusan agama ketika dia menuntut di kolej tersebut, disebabkan peribadinya di kelilingi orang-orang yang soleh dan solehah, dirinya juga terdorong utk menjadi hamba Allah yang solehah, di semester 2 tahun pertama pengajiannya dia dikhitbah seorang rijal yang tidak di kenali melalui sms, nadanya seperti serius, tetapi apabila disuruh berjumpa kedua orang tua, ...???... senyap tiada jawapan, apakah rijal tersebut takut atau belum bersedia??? Waallahua'lam...

pada tahun ke3, semester 5 pengajiannya.. Hanan diberitahu oleh dr ayahnya yang menyatakan salah seorang staf di Kolejnya ingin menjodohkan anaknya dengan Hanan.disebabkan anaknya sudah menjangkau umur 27 tahun tapi belum mempunya calon  isteri untuk dinikahinya.

Pada semester akhir, ketika final exam..Hanan mendapat panggilan di ayah, seorang rijal dr negeri di bawah bayu, serius mengkhitbahnya. rijal itu sangat soleh, seorang yang bersungguh-sungguh dalam tindakannya.

Setelah tamat pengajiannya di Kolej tersebut, Hanan pulang ke rumah utk berjumpa dengan keluarganya yang tersayang, Kini Hanan menjadi salah seorang guru di salah sebuah sekolah agama di Kuantan dan memiliki kenderaan sendiri, dia sangat bersyukur dengan kehidupannya kini.

Pada suatu hari ayahnya menyatakan hasrat utk menjodohkannya dengan salah seorang Hafiz dari negeri Kelantan, ayahnya sangat berhajat untuk membuka sekolah tahfiz di Kuantan dan  ingin sekali menantunya menguruskan sekolah tahfiz tersebut.

Kini umur Hanan hampir memasuki 22 tahun, dia dikhitbah seorang lelaki yang kini menuntut di luar negara yang mengambil master dalam bidang engineer.

Sekarang Hanan sangat buntu untuk membuat pilihan, sedangkan hatinya belum pernah dimiliki oleh mana2 lelaki di dunia ini.

Kongsikan komen anda dibawah jika anda mempunyai cadangan yang bernas untuk menbantu Hanan. (bagi Hanan jawapan Allah adlah yang terbaik sesudah istikharah )

Sekian saja perkongsian dr Mawar Biru.

Friday 2 December 2011

LAU KANA BAINANA (kalaulah Rasulullah masih bersama2 kita)

llAU KANA BAINANA

Wahai tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu dan sifat pemurah-Mu dan kebebasab daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh syurga manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam..

Kalaulah Kekasih-mu, masih berada bersam-sam kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
Rasa meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum,
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenanakan doa hamba..

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam...

Wahai Kekasihku, wahai nabi Muhammad,
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dan dipuja,
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui,
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu






Sunday 27 November 2011

kami ingin sekali mencontohi KELUARGA RASULULLAH SAW

Bismillahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah, hari ni aku masih bernafas dgn nafas iman anugerahMu...alhamdulillahx1000
Lama rasanya x update blog ni...byk da sarang labah2, nk kne bersihkan dlu ni..hehehe..
update blog ni rasanya mcm muhasabah diri jgk la...ape yang diluahkan dlm blog lahir dr buah fikiran, hati dan akal yang waras ini..kadang-kala laptop acer kesayanganku ini menjadi saksi setiap kali update blog mesti bertemankan air mata...entah la..mmg mcm tu..time study sekolah menengah dlu(SMASKL)penulis terkenal dgn ratu air mata selain dr mendapat gelaran ratu cuci baju..hehehe..seronoknye ingin zaman muda2 dlu...skrg ni sibuk dgn keje je...tp seronok jgk sbb masih dipilih Allah berada dlm sistem dakwah dan tarbiyah dibawah organisasi yang sememangnya digerakkan mengikut aturan quran dan sunnah..






ini adik-beradik perempuanku...* munirah * jamilah * mastura * masyitah * farah hannan
jamilah ni suka menjahit, kejenye menjahit je... tp ble time penyakit malas dia datang, umi la yang akan hbiskan keje die..itu lah milah...

mastura plak, study!! study!! dlm kepala die bio, chemy, physic..satu lg add math...cita2 die nk jadi doktor.. Dr. mastura... di sekolah juga dia memegang jawatan exco ekonomi dlm kelas dan jawatan dlm organisasi pengawas sbg biro dakwah dan tarbiyah...blik umah je, mengadu itu mengadu ini...kdg2 die rasa tertekan ble berdepan dgn masalah pljr... itulah syura(nama manjanya cua)...

masyitah, ble tgk movie mesti dictionary ad di tgn...nk jd penterjemah kot...die ni pendiam skit, tp ble marah mcm singa..hehehe..

farah hannan plak, die ni mmg anak yag bijak...die akan berfikir dan luahkan ape yang die fikir...
pada suatu hari kami tgk berita ttg kebakaran, ad bomba dtg padamkan kebakaran...
tibe2 hannan bertanya :"umi, die basuh umah die ke??"
tekejut kami dgr...semua gelak....itu la baby hanan..kdg2 panggil hanan,kdg2 panggil baby..


ini plak adik-beradik lelaki * mohammad fikri * abdullah fahmi * loqman hakim * amir hamzah...

abdullah fahmi , suka main basikal..x suka belajar...xtau mcm mna nk paksa die bljr...mmg liat skit klu nk pegang buku..nama panggilannya ami..(berbaju coklat dlm gmbr)

loqman hakim, suka memancing...mmg handal la bab2 tangkap ikan ni..klu x dpt ikan..kura2 pn die bantai sekali..klu mengamuk, hbis hancur rumah ni...jgn buat die marah...(berbaju ungu dlm gmbr)

amir hamzah ni, penakut, pemalu, semua ad la...selalu kne buli ngn abg2 die..(berbaju biru dlm gmbr)

sekian perkongsian dr mawar biru yang tgh bosan ni...:)




Sunday 30 October 2011

TAHU, FAHAM dan HAYATI adalah suatu yang berbeza


Seorang ayah pergi merantau ke luar negara untuk mencari rezeki meninggalkan seorang isteri dan tiga orang anak. Dia seorang yang penyayang dan sangat dikasihi dan dihormati pula oleh ahli keluarganya.

Setelah keadaannya di rantau orang agak stabil, dia menghantar surat pertama kepada keluarganya. Mereka sangat gembira menerima surat yang sungguh bermakna dari seorang ayah yang sangat dikasihi dan disayangi. Sampul surat itu ditenung berulang kali. Masing-masing memeluk dan mengucup surat tersebut bagai tidak mahu dilepaskan. Kemudian surat yang berharga itu disimpan di dalam pembalut sutera yang indah. Sekali sekala surat itu dikeluarkan dari pembalutnya untuk dibersihkan daripada debu dan habuk. Kemudian meletakkan kembali di dalam pembalutnya.

Kemudian tiba pula surat kedua, ketiga dan seterusnya. Semuanya disimpan dan dijaga rapi seperti surat pertama.

Beberapa tahun berlalu…

Tibalah masa untuk si ayah pulang menemui keluarga tercinta. Alangkah terkejutnya dia apabila mendapati tiada seorangpun yang tinggal kecuali anak bongsunya. Dengan cemas dia bertanya:

- Mana ibumu?

- Ibu ditimpa sakit yang amat teruk. Kami tidak ada wang untuk membiayai rawatannya sehingga akhirnya dia meninggal dunia.
- Kenapa begitu? Apakah kamu tidak membuka suratku yang pertama? Di dalamnya terkandung sejumlah wang yang banyak untuk perbelanjaan kamu?

- Tidak!

- Di mana pula abangmu?

- Dia telah terpengaruh dengan kawan-kawan sebaya yang jahat. Selepas kematian ibu, tidak ada siapa yang mampu menasihatinya. Sekarang dia sudah jadi sebahagian daripada mereka.

- (Ayah semakin hairan) Kenapa begitu? Aku telah tulis dengan panjang lebar menasihati kamu agar berhati-hati memilih kawan. Jangan berkawan dengan orang jahat kerana lama kelamaan kita juga akan jadi jahat! Aku juga meminta agar abangmu itu mengikut aku di rantau orang. Apakah kamu tidak membaca suratku?

- Tidak!

- لا حول ولا قوة إلا بالله

- Kakakmu di mana?

- Dia pernah tulis surat kepada ayah meminta nasihat tentang seorang pemuda yang melamarnya. Sekarang dia telah berkawin dengan pemuda itu. Tapi malangnya dia tidak bahagia. Hidupnya menderita didera sepanjang masa lahir dan batin.

- Bukankah aku telah jawab surat itu menasihatinya agar jangan terima lamaran pemuda itu? Aku telah ingatkan, jangan pillih pasangan berdasarkan harta dan kedudukan. Tapi pilihlah berdasarkan agama, akhlak dan keturunan! Kamu tidak baca semua surat-suratku?

- Tidak! Kami simpan surat-surat ayah di dalam pembalut sutera yang cantik, kami usap dan cium surat itu sebagai tanda sayang dan rindu kami kepada ayah! Tetapi kami tidak membacanya…

Tidak ada siapa yang percaya akan kebenaran cerita ini. Mungkin ada yang akan berkata ia tidak masuk akal sama sekali!

Namun sedarkah kita bahawa inilah kisah benar. Kisah yang tak masuk akal inilah yang berlaku dalam kehidupan umat Islam hari ini?

Kita menerima SURAT dari Yang Maha Mengetahui, Maha Pengasih, Maha Penyayang, Maha Memerhati lagi Maha Bijaksana. SURAT yang mengandungi panduan, ajaran serta petunjuk dalam segenap bidang kehidupan. Tetapi sejauh mana kita membaca, memahami dan mengikuti panduan yang diberi?

Maka jadilah apa yang terjadi! Umat Islam mati dibunuh saban hari, di sana sini. Jenayah meningkat, keruntuhan akhlak mencemaskan di semua peringkat, wanita-wanita didera dan diperkosa tanpa mengira tua atau muda, bayi-bayi yang tidak berdosa dibuang merata-rata, dan bermacam-macam kejahatan, maksiat dan kemungkaran yang menjijikkan.

Semuanya berpunca daripada tidak membaca dan mengambil pengajaran daripada SURAT yang dikirim oleh Pencipta Yang Maha Esa Yang Amat Sayang kepada makhluk-Nya!


"Demi MASA! Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian, kecuali
(1) orang-orang yang beriman, (2) dan yang beramal soleh
(3) dan yang berpesan2 pada kebenaran (4) dan yang berpesan2 pada kesabaran".
~Surah Al-'Asr.

Sunday 2 October 2011

bukan senang menjadi perempuan...eh nonono, bukan senang nk gapai SYURGA ALLAH tu...




Siapa kata jadi perempuan tu SENANG?
Nak kena tutup sana, tutup sini
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pon orang x bising
Perempuan, stoking pon kena pakai
Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
Komfem x tahan bertutup semua
Tapi, perempuan cool jek
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Tiap2 bulan, mesti ada penyakit
Nak pergi kelas pon susah
Kalau boleh, masa tengah jalan tu nak jek meraung sbb sakit
Cuba tengok budak lelaki , selamber jek
Kadang2 setahun sekali pon susah nak dapat sakit
Tapi, perempuan hidup berpuluh2 tahun dgn penyakit tiap2 bulan, survive jek
Tengah2 sakit pon boleh senyum lagi sampai orang pon x perasan yg dia sakit
Hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
Hati ni Allah jadikan lembut betul
Cepat jek sensitif
Cuba tengok orang putus cinta
Selalu perempuan yg paling susah nak lupa
Lelaki lepas putus cinta cepat jek pasang baru
Cuba pergi wayang tengok cerita hindustan

Siapa yg paling teruk menangis?
Perempuan kan?lelaki boleh gelak2 lagi
Lembut tak lembut hati perempuan
Tapi dengan hati yg lembut tu perempuan dapat mengkagumkan lelaki
Hebat tak perempuan?
Disebabkan susahnya nak jadik perempuan ni lah, ramai perempuan yg merajuk Dengan Allah
Diorang cakap, Allah x adil

Kenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kena dengar cakap suami?
Kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?

Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
Bak kata orang, nak jaga 10 anak lelaki, x susah macam nak jaga sorang anak perempuan
Dan disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan2 kat luar sana yg bebel
Diorang pakai pakaian yg tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki x payah tutup pon'
Diorang berani bertepuk tampar dengan lelaki
Diorang sanggup gadaikan diri diorang sbb percaya dengan janji manis kekasih yg busuk hati

Kesian kan kat diorang?
Disebabkan fikiran yg negatif terhadap Allah, diorang sanggup rosakkan diri diorang
Diorang cakap diorang buat macam tu sbb Allah x adil

Persoalannya sekarang
Betul ke Allah x adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
Tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa Kalau bukan kaki ibunya?
Betul, isteri kena ikut cakap suami
Tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya

X adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayang kat perempuan
Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
Kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
Cuma ada 4 orang yg syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
Tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
Bermakna ada 15 orang yg syurganya terletak pada seorang perempuan tu
MashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat? sebab kasih sayang Allah yg jadikan kita hebat

Cuba dengar pula lagu2 yg berkumandang dekat radio
Banyak lagu pasal perempuan kan?
Contohnya macam lagu SUMAIYYAH,
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
Sayang x sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam Tu sekali dekat dunia

Tengok pula, bila seorang lelaki berjaya...

Orang akan cakap:
'Disebalik kejayaan seorang lelaki terdapat seorang perempuan di belakangnya'

Kita x pernah dengar orang cakap:
'Disebalik kejayaan seorang perempuan terdapat seorang lelaki di belakangnya'

Kan? Hebat x Allah jadikan perempuan tu?

Masih x adil lagikah Allah dekat perempuan?
Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
Sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
Perempuan senang nak masuk syurga

Tengok hadis ni:

"Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai."

(Hadis Riwayat Ahmad)

X adil lagikah Allah dekat perempuan?

Oh perempuan, sedarlah
Betapa sayangnya Allah dekat kita
Betapa cintanya Allah dekat kita
Tapi, kenapa kita nak rosakkan diri kita kerana fikiran2 negatif yg x berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
Bayang, dunia yg besar ni, dunia yg cantik ni, kita jadi hiasan
Dan seindah2 hiasan tu adalah wanita solehah
Kesiannya dekat kita kalau kita tolak untuk jadi seindah hiasan kan?

♥ Sekadar perkongsian bersama =)

~ Wahai kaum adam.. Hargailah wanita yg sentiasa berada disisimu.. Bimbinglah dia, Kalau silap langkahnya, Adam pun turut dapat nama di akhirat kelak.. Adam tegur Hawa dengan cara yang baik dan kena dengan caranya.. Didiklah dia menjadi wanita solehah krn dia adalah dari tulang rusukmu.. Lindungi dia dari fitnah dunia.~

Bukankah Hawa dicipta daripada tulang rusuk Adam untuk disayangi dan dilindungi..

SERIKANDI penyejuk mata, penawar hati...




Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!
Bertudung labuh; Hinalah!, Herdiklah, Cacilah!

Hinalah mereka!,
Hinalah mereka yang bertudung labuh!,
Hinalah mereka yang menutup aurat dengan sempurna,
Hinalah mereka Hamba Allah yang patuh!.

Hinalah mereka!,
Bertudung labuh hipokrit!,
Bertudung labuh hodoh!,
Bertudung labuh ketinggalan zaman!.

Herdiklah mereka!,
Hanya kerana mereka tunduk patuh kepada suruhan Allah!,
Sanggup mengenepikan nafsu yang membuak untuk memuaskan keinginan diri!,
Untuk tidak mendedahkan mahkota berharga buat tatapan nafsu si teruna.

Cacilah mereka,
Kerap kali tuduhan fitnah terus dicurahkan!,
Hanya kerana si dia bermaksiat, habis semuanya dikatakan sama!.
Stereotapsi sana sini!,
Teruskanlah!, mereka hanya ikhlas kerana Allah!.

Mereka sanggup!, sanggup berpanasan!,
Dikala teriknya matahari!,
Sanggup berpeluh hanya kerana kehadiran si dia bukan mahram!.
Memikirkan Allah dan Rasul lebih dari segalanya!.

Perlilah mereka!,
Dikatakan berlebih-lebihan menunjuk ke’aliman!,
Sedangkan mereka berusaha yang terbaik,
Tetapi dusta menjadi tafsiran!.

Satu demi satu tuduhan, hinaan, cacian saat mereka melangkah,
Mengumpat, memfitnah, mencela,
Dimanakah pergi erti kemanusiaan?
Atau lantangnya suara memekikan Amar Ma’ruf Nahi Mungkar?!,
Saat si dia melutut pada Allah, dikatakan lagak bagus!.

Dunia, dunia kini penuh dengan penipuan, kesombongan manusia!.
Kata-kata manis terus diekpresikan seindah bunyi siulan burung,
Tetapi realitinya busuk dan kotor,
Prioritinya dunia bukannya si Dia.

Hai mereka yang bertudung labuh,
Jagalah akhlak mu! jangan kerana engkau seorang habis punah mereka yang lain,
Janganlah engkau menganggap diri itu sempurna, luruskan niat mu!,
kerana Allah sayang pada mereka yang ikhlas dan taat pada SuruhanNya.

Hai mereka yang bertudung labuh!
Islam itu datangnya asing!,
Kembalinya pun asing!,
Beruntunglah kau saat kau diasingkan!,
kerana kelak kau akan diasingkan bersama Rasulullah didalam syurga!

Hai yang bertudung labuh,
Janganlah bersedih!. Janganlah berduka!.
Tabahkan hati, kuatkan Iman tingkatkan taqwa!,
Biarkan berapa banyak sekalipun longgokan manusia merendahkan anda,
Kerana ingat, disisi Allah, andalah yang tinggi dan mulia!.
Janji Allah itu pasti, dan dia Maha Menepati Janji...

Friday 30 September 2011

erti sebuah KESYUKURAN




Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman

Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Dilihat ada ditangkap hilang

Tuhan.. leraikanlah dunia
Yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak ku mampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMu ku harap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

Sunday 25 September 2011

NIQAB..cantik pd nilaian Allah bukan pd nilaian manusia..

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

http://pondokassunnah.blogspot.com/

~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~

♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪(¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)♪♫•*¨*•.¸¸❤
Wanita cantik itu
tetap tertawa walau sebenarnya ia menangis
tetap tersenyum walau sebenarnya ia kecewa
tetap kuat walau tertekan oleh masalah

yang terpenting
tetap sabar dan memandang semua yang baik-baik
walau ia sebenarnya terluka
dan memenuhi hidupnya dengan hal hal yang positif
maka kecantikanmu akan terpancar....
♪♫•*¨*•.¸¸❤¸¸.•*¨*•♫♪(¯`*•.¸,¤°´`°¤,¸.•*´¯)♪♫•*¨*•.¸¸❤

Saturday 24 September 2011

Apabila wanita solehah JATUH CINTA




Ustazah jatuh Cinta?

Tiada yang pelik, mereka juga adalah manusia.
Bukankah cinta itu adalah fitrah manusia?

Tapi layakkah ustazah jatuh cinta?

Mereka juga punya hati dan rasa.

Tetapi tahukah kalian betapa berbezanya mereka ketika cinta seorang lelaki menyapa hatinya? Tiada senyuman bahagia, tiada rona malu di wajah, tiada perasaan suka di dada. Namun sebaliknya.

Ketika ustazah jatuh cinta, yang mereka rasakan adalah penyesalan yang amat sangat, atas sebuah hijab yang tersingkap. Ketika lelaki yang tak halal baginya, bergelayut dalam alam fikirannya, yang mereka rasakan adalah ketakutan yang begitu besar akan cinta yang tidak lagi suci

Ketika rasa rindu mulai bermain di hatinya, yang mereka rasakan adalah kesedihan yang tak terperi akan sebuah rasa yang tak semestinya. Tak ada senyum bahagia, tak ada rona malu. Yang ada adalah malam-malam yang dipenuhi air mata penyesalan atas cinta-Nya yang ternodai. Yang ada adalah kegelisahan, kerana rasa yang salah arah. Yang ada adalah penderitaan akan hati yang mulai sakit.

Ketika ustazah jatuh cinta, bukan harapan untuk bertemu yang mereka nantikan, tapi yang ada adalah rasa ingin menghindar dan menjauh dari orang tersebut. Tiada kata-kata cinta dan rayuan. Yang ada adalah kekhuatiran yang amat sangat, akan hati yang mulai merindukan lelaki yang belum halal ataupun mungkin yang tak akan pernah halal baginya.

Ketika mereka jatuh cinta, maka perhatikanlah, kegelisahan di hatinya yang tidak mampu lagi memberikan ketenangan di wajahnya yang dulu teduh. Mereka akan terus berusaha mematikan rasa itu bagaimanapun caranya. Bahkan jika cinta dia harus menghilang, maka itu pun akan dilakukan.

Alangka kasihannya jika ustazah jatuh cinta, kerana yang ada adalah penderitaan. Tetapi saudari, bersabarlah. Jadikan ini ujian dari Rabbmu. Matikan rasa itu secepatnya. Pasang tembok pembatas antara kau dan dia. Pasangkan duri dalam hatimu, agar rasa itu tidak tumbuh bersemai. Cuci dengan air mata penyesalan akan hijab yang sempat tersingkap. Putarkan balik kemudi hatimu, agar rasa itu tetap terarah hanya padaNya. Pupuskan rasa rindu padanya dan kembalikan dalam hatimu rasa rindu akan cinta Rabbmu.

Saudari, janganlah khuatir kau akan kehilangan cintanya. Kerana jika memang kalian ditakdirkan bersama, maka tak akan ada yang dapat mencegah kalian bersatu. Tetapi ketahuilah, bagaimana pun usaha kalian untuk bersatu, jika Allah tidak menghendakinya, maka tidak akan boleh kalian bersatu.

Saudari, bersabarlah. Biarkan Allah yang mengaturnya. Maka yakinlah, semuanya akan baik-baik sahaja. Semuanya akan indah pada waktunya.

Walaupun telah ramai yang ustazah (dan wanita baik yang lain) telah hanyut dan rosak dalam cinta dunia..

seorang IBU yang lebih baik dari 1000 lelaki




Di sebuah masjid di perkampungan Mesir, suatu petang. Seorang ustaz sedang mengajarkan murid-muridnya membaca Al-Qur’an. Mereka duduk melingkar & berkelompok. Tiba-tiba, masuk seorang anak kecil yang ingin menyertai di lingkaran mereka. Usianya kira-kira 9 tahun.

Sebelum menempatkannya di satu kelompok, ustaz itu ingin tahu kemampuannya. Dengan senyumnya yang lembut, dia bertanya kepada anak yang baru masuk tadi, ” ada ayat yang kamu hafal dalam Al-Qur’an?”

“Ya,” jawab anak itu singkat.



” Kalau begitu, cuba bacakan salah satu ayat dari juz ‘Amma?‘ pinta ustaz

Anak itu mengalunkan beberapa ayat, fasih & betul tajwidnya. Merasa anak tersebut mempunyai kelebihan, guru itu bertanya lagi,“Adakah kamu hafal surah Tabaraka?” (Al-Mulk)

“Ya,” jawabnya lagi, & segera membacanya. Baik & lancar. Ustaz itu pun kagum dengan kemampuan hafazan si anak kecil itu, meski usianya lebih muda berbanding murid-muridnya yang ada.

Dia pun cuba bertanya lebih jauh, “kamu hafal surat An-Nahl?”

Ternyata anak kecil itu menghafalnya dengan sangat lancar, sehingga kekagumannya semakin bertambah. Lalu ustaz itu pun cuba mengujinya dgn surah-surah yang lebih panjang.

“Adakah kamu hafaz surat Al-Baqarah?”

Anak kecil itu kembali mengiyakan dan membacanya tanpa sedikitpun kesalahan. Dan ustaz itu semakin teruja dengan pertanyaan terakhir, “Anakku, adakah kamu menghafal Al-Qur’an ?”

“Ya,” jawabnya dengan jujur.

Mendengar jawapan itu, seketika ustaz itu mengucapkan, “Subhanallah wa masyaallah,tabarakkallah”

Setelah hari itu menjelang maghrib, sebelum ustaz tersebut menamatkan kelas mengaji, secara khusus dia berpesan kepada murid barunya,” Esok, kalau kamu datang ke masjid ini, tolong ajak juga ibubapa mu. Ustaz ingin berkenalan dengannya”.

Esok harinya, anak kecil itu kembali datang ke masjid. Kali ini dia bersama ayahnya, seperti pesan ustaz kepadanya. Melihat ayah dari anak tersebut, si ustaz bertambah kaget kerana gayanya tidak langsung seperti orang alim, kehormat & pandai.

Belum sempat dia bertanya, ayah si anak sudah menyapa terlebih dahulu, “Saya tahu, mungkin ustaz tidak percaya bahawa saya ini adalah ayah dari anak ini. Tapi rasa hairan anda akan saya jawab, sebenarnya disebalik anak kecil ini ada seorang ibu yang sekuat seribu lelaki. Dirumah, saya masih mempunyai 3 anak lagi yang semuanya hafal Al-Qur’an. Anak perempuan saya yg kecil berusia 4 tahun, dan sekarang sudah menghafal juz Amma”.

“Bagaimana si ibu itu boleh lakukan itu?” tanya si guru tanpa boleh menyembunyikan kekagumannya.”

Ibu mereka, ketika anak-anak itu sudah pandai bercakap, si ibu membimbing anak kami menghafal Al-Qur’an dan selalu memotivasi mereka melakukan itu. Tak pernah berhenti dan tak pernah bosan. Dia selalu katakan kepada mereka,

“Siapa yang hafal lebih dulu, dialah yang menentukan makan malam ini,

“Siapa yang paling cepat mengulangi hafalannya, dialah yang berhak memilih ke mana kita boleh bersiar – siar nanti”



Itulah yang selalu dilakukan ibunya, sehingga tercipta semangat bersaing dan berlumba-lumba antara mereka untuk memperbanyak dan mengulang-ulang hafalan Al-Qur’an mereka,” jelas si ayah memuji isterinya.

Sebuah keluarga biasa yang boleh melahirkan anak-anak yang luar biasa. Hanya seorang ibu yang biasa. Setiap kita dan semua ibubapa tentu bercita-cita anak-anaknya menjadi generasi yang soleh, cerdas dan membanggakan. Tetapi tentu perkara itu tidak mudah.

Apatah lagi membentuk anak-anak itu mencintai & mencintai Al-Qur’an. Memerlukan perjuangan, perlu kekuatan. Mesti tekun & sabar melawan rasa letih dan susah tanpa kenal batas. Maka wajar jika si ayah mengatakan,”Disebalik anak ini ada seorang ibu yang kekuataanya sama dengan seribu lelaki.”

Ya, perempuan yang telah melahirkan anak itu memang begitu kuat & perkasa. Sebab membuat permulaan yang baik untuk kehidupan anak-anak, adalah tidak mudah. Hanya orang – orang yang punya kemahuan & motivasi yang boleh melakukannya. Dan tentu modal pertamanya adalah kesolehan diri. Tidak ada yang lain.

Ibu si anak cerdas ini, dia adalah lambang seorang perempuan solehah yang mewariskan kesolehannya ke dalam kehidupan rumah tangganya. Dialah contoh perempuan yang pernah diwasiatkan Rasulullah saw kepada kaum lelaki untuk mereka jadikan pendamping hidup diantara sekian banyak wanita.

Dengan menangggalkan keutamaan harta, kecantikan & keturunannya, seperti sabda Rasulullah saw, “Wanita dinikahi kerana 4 perkara : kerana hartanya, keturunannya. kecantikkannya, & agamanya. Maka pilihlah wanita yang taat beragama, nescaya engkau beruntung.”(HR.Bukhari & Muslim).

Perempuan yang dikenalkan kepada kita dalam cerita diatas, dia sebenarnya tidak memulakan kerja kerasnya ketika anak-anaknya baru belajar bercakap. Tidak. Tetapi jauh sebelum itu, tenaganya telah ditumpahkan untuk mengakrabkan mereka dengan bacaan-bacaan Al-Qur’an semasa mereka masih janin.

Dalam keadaan kehamilannya yang berat, ibu ini hampir setiap hari selalu meluangkan waktu untuk membaca Al-Qur’an, memperdengarkannya janin yang ada dirahimnya, dalam keadaan berbaring, duduk/pun bersandar. Perjuangan itulah yang berat tapi itu pulalah yang kemudian memudahkan lidah anak-anaknya merangkai kata demi kata dari ayat-ayat Al-Qur’an, saat mereka sebenarnya baru mulai belajar bicara.

Tuesday 23 August 2011

Ciptaanmu sebagai WANITA, Allah datangkan dengan 1001 kelebihan...


Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah segala pujian hanya untuk kau tuhan yang menjadikan aku seorang wanita..
yang menjadikan kami manusia yang kau campakkan kefahaman islam,
yang Kau pelihara kesucian kami,
yang Kau berikan segala nikmat yang x terhitung banyaknya...
tp aku manusia sering lalai dr mencintaiMu sepenuh hati...
ya Allah pimpin aku setiasa di jalan mu...
aku ingin sekali mendapat kebaikan-kabaikan yang telah Kau janjikan untuk kami kaum hawa...

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 orang wali,

Seorang wanita solehah adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh,

Seorang wanita yang jahat adalah lebih buruk daripada 1,000 lelaki yang jahat,

2 rakaat solat dari wanita yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil,

Wanita yang memberi minum susu dada kepada anaknya akan dapat satu pahala daripada tiap-tiap titik susu yang diberikannya.

Wanita yang melayan dengan baik suami yang pulang ke rumah didalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.

Wanita yang habiskan malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang sakit akan mendapat pahala seperti membebaskan 20 orang hamba.

Wanita yang melihat suaminya dengan kasih sayang dan suami yang melihat isterinya dengan kasih sayang akan dipandang Allah dengan penuh rahmat.

Wanita yang menyebabkan suaminya keluar dan berjuang ke jalan Allah dan kemudian menjaga adab rumahtangganya akan masuk syurga 500 tahun lebih awal daripada suaminya, akan menjadi ketua 70,000 malaikat dan bidadari dan wanita itu akan dimandikan di dalam syurga, dan menunggu suaminya dengan menunggang kuda yang dibuat daripada yakut.

Wanita yang tidak cukup tidur pada malam hari kerana menjaga anak yang sakit akan diampunkan oleh Allah akan seluruh dosanya dan bila dia hiburkan hati anaknya Allah memberi 12 tahun pahala ibadat.

Wanita yang memerah susu binatang dengan "bismillah" akan didoakan oleh binatang itu dengan doa keberkatan.

Wanita yang menguli tepung gandum dengan "bismillah", Allah akan berkatkan rezekinya.

Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir akan mendapat pahala seperti meyapu lantai di baitullah.



Wanita yang menjaga solat, puasa dan taat pada suami, Allah akan mengizinkannya untuk memasuki syurga dari mana-mana pintu yang dia suka.

Wanita yang hamil akan dapat pahala berpuasa pada sianghari.

Wanita yang hamil akan dapat pahala beribadat pada malam hari.

Wanita yang bersalin akan mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu uratnya Allah mengurniakan satu pahala haji.

Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin,dia akan dikira sebagai mati syahid.
Jika wanita melayan suami tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.

Jika wanita menyusui anaknya sampai cukup tempoh (2 tahun), maka malaikat-malaikat di langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.

Jika wanita memberi susu dadanya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun solat dan puasa.



Jika wanita memicit suami tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami bila disuruh akan mendapat pahala 7 tola perak.

Wanita yang meninggal dunia dengan keredhaan suaminya akan memasuki syurga.

Jika suami mengajarkan isterinya satu masalah akan mendapat pahala 80 tahun ibadat.

Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah di akhirat, tetapi Allah akan datang sendiri kepada wanita yang memberati auratnya iaitu memakai purdah di dunia ini dengan istiqamah.



Alhamdulillah...X1000

tatapan muhasabah mawar biru..

~"niqab atau purdah"..
telah lama sebenarnya mawar biru menyimpan hasrat untuk berniqab atau berpurdah...tapi melihatkan keadaan waqi' sekarang para daie wanita juga perlu turun bersama-sama kaum adam menyebarkan dakwah di muka bumi Allahi ini, jd mawar biru akan terus menyimpan hasrat itu sampai bila tiba masanya mawar biru yakin mampu untuk istiqamah dengan memakai niqab atau purdah (hasratnya selepas mendirikan baitul muslim...Insyaallah doakan utk mawar biru..)~

sekian pekongsian muhasabah dari mawar biru..

Waalahu'alam...

Monday 22 August 2011

"SOMALIA, tunggu kami..kami datang.."


Talian Hayat Pelarian Somalia..

Anak-anak somalia menanti saat kematian, kini hampir 30 000 anak-anak Somalia mati kebuluran, ratusan ribu pelarian mengharungi Ramadhan tanpa makanan..

Program Makanan utk Somalia..
-jagung/gandum
-beras
-gula
-minyak

Untuk keterangan lanjut sila hubungi :


Dr Hj Baharuddin Suri
Ketua Misi Talian Hayat Pelarian Somalia
Biro Misi Kemanusiaan HALUAN
Hotline :019-755 9169
Emel :drbbsjb@gmail.com
tabung Bantuan Kecemasan dan Bencana :BIMB :14-023-01-002571-8 (HALUAN)
www.haluan.org.my
somalia@haluan.org.my

wakil Haluan Pahang :
En Abd Basyir b Abd Ghani : 013-9333316


Kisah benar:
Ketika memeriksa jenazah2 mangsa pengeboman Israel di Gaza semalam,ada satu jenazah kanak-kanak yang penuh duit syiling dalam poket seluarnya.Ditanya kepada rakannya duit apa, "Dia beritahu kami dia tengah kumpulkan wang untuk membantu saudaranya di Somalia"...
Allahu Akbar...-sumber FreeGaza
-dari status akhi Johari UK-

Sekian sj Pesanan dr Mawar Biru,mohon sebarkan...

Waallahu'alam..

Sunday 21 August 2011

mencapai kemuncak ibadah PUASA


Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum...
Alhamdulillah...


Ada terdapat 3 jenis peringkat puasa.

Hari ini ingin sekali sy berkongsi sesuatu drpd Kitab ‘Ihya Ulumiddin’. Apa itu Kitab ‘Ihya Ulumiddin’ Imam Ghazali??? ia adalah sebuah kitab tasawur yang menyebut :Puasa ada tiga kedudukan:

*Puasa umum,
*Puasa khusus
*Puasa khusus al-khusus.

Peringkat pertama:
*Puasa umum ialah menahan perut dan kemaluan daripada kehendak syahwat di siang hari . Puasa peringkat ini adalah paling rendah iaitu puasa orang awam mereka hanya sekadar meninggalkan makan dan minum serta perkara yang membatalkan puasa.

Peringkat kedua:
*Puasa khusus pula ialah menahan pendengaran, penglihatan, lidah, tangan, kaki dan seluruh anggota badan dari melakukan dosa. Puasa di peringkat ini pula adalah di tingkatan kedua iaitu puasa golongan khas. Pada peringkat ini akan mereka cuba menjaga akhlak dan melakukan pekara-perkara sunat bagi menambahkan lagi kualiti puasanya.

Peringkat ketiga :
*Puasa Khusus al-khusus ialah menahan hati dari keinginan yang buruk dan dari memikirkan sesuatu selain dari Allah . Puasa akan terbatal yakni rosak dari sudut rohani walaupun puasa sah pada zahirnya lantaran memikirkan perkara-perkara selain dari Allah dan hari akhirat..

Puasa seperti ini ialah peringkat para nabi, al-Siddiqin dan al-Muqarrabin. Puasa seperti ini tidak mungkin dapat digambarkan dengan perkataan tetapi boleh direalisasikan dengan amalan.

Di peringkat ini adalah di tingkatan ketiga iaitu puasa yang paling khas. Mereka bukan sahaja menjaga segala perkara yang membatalkan puasa tetapi juga perkara yang boleh membatalkan pahala puasa. Anggota badan turut berpuasa dan hati pula sentiasa berzikir kepada ALLAH, subhanallah!!. Antara akhlak bagi mencapai peringkat ini ialah menjaga lidah dan mulut. Orang yang berpuasa perlu menjaga lidah daripada bercakap perkara yang sia-sia.

Latihan mencapai puasa peringkat yang ketiga
Untuk mencapai peringkat puasa al-khusus iaitu puasa orang soleh maka perlu menyempurnakan 6 perkara iaitu:

Menundukkan pandangan dan menahan dari melihat perkara yang tercela dan dibenci oleh syariat serta dari segala perkara yang boleh menggangu dan melalaikan hati dari mengingati Allah S.W.T.

Memelihara lidah dari menuturkan perkataan yang tidak berfaedah seperti gurau senda, mengumpat, dusta dan sebagainya. Hendaklah lebih banyak berdiam diri, memperbanyakkan zikir dan membaca al-Quran.


Menahan dari mendengar perkataan yang dibenci oleh syarak. Ini kerana setiap perkataan yang diharamkan dituturkan maka haram juga didengar. Justeru, Allah Menyamakan pendengaran haram dengan memakan harta haram seperti firman-Nya:

Maksudnya:
“Mereka sangat suka mendengar berita-berita dusta, sangat suka memakan segala yang haram (rasuah dan sebagainya).”
(Surah al-Maidah: 42)

Menahan anggota tubuh badan dari melakukan dosa seperti menahan tangan dan kaki dari perkara yang dilarang dan menahan perut dari perkara-perkara syubhat ketika berbuka. Ini kerana tidak ada makna berpuasa sekiranya pada siang hari menahannya dari makanan halal tetapi berbuka dengan makanan haram.

Tidak berlebihan ketika berbuka dengan makanan halal sehingga perut penuh dengan makanan tersebut. Ini kerana tidak ada bekas yang lebih dibenci oleh Allah dari perut yang penuh dengan makanan halal. Bagaimana mungkin seseorang itu mampu mematahkan keingginan syahwatnya dan mengalahkan musuhnya sedangkan ketika berbuka ia seolah-olah hendak mengembalikan semula makanan yang terlepas ketika ia berpuasa pada siang harinya. Hingga sesetengah mereka memakan makanan yang tidak biasa dimakannya ketika hari tidak diwajibkan berpuasa.


Hendaklah timbul dalam hatinya rasa takut dan penghargaan kepada Allah, kerana dia tidak tahu sama ada puasanya diterima oleh Allah dan termasuk di kalangan orang yang berjaya, ataupun puasanya tidak diterima lalu dia termasuk di kalangan orang yang celaka.

semoga ibadat puasa lebih bernila

Alhamdulillah...
Sekian saja dr Mawar Biru...

Waallahu'alam...

ASMA' ALLAH (nama-nama Allah)


The 99 names of OUR CREATOR

1 Allah (الله) The Greatest Name
2 Ar-Rahman (الرحمن) The All-Compassionate
3 Ar-Rahim (الرحيم) The All-Merciful
4 Al-Malik (الملك) The Absolute Ruler
5 Al-Quddus (القدوس) The Pure One
6 As-Salam (السلام) The Source of Peace
7 Al-Mu'min (المؤمن) The Inspirer of Faith
8 Al-Muhaymin (المهيمن) The Guardian
9 Al-Aziz (العزيز) The Victorious
10 Al-Jabbar (الجبار) The Compeller
11 Al-Mutakabbir (المتكبر) The Greatest
12 Al-Khaliq (الخالق) The Creator
13 Al-Bari' (البارئ) The Maker of Order
14 Al-Musawwir (المصور) The Shaper of Beauty
15 Al-Ghaffar (الغفار) The Forgiving
16 Al-Qahhar (القهار) The Subduer
17 Al-Wahhab (الوهاب) The Giver of All
18 Ar-Razzaq (الرزاق) The Sustainer
19 Al-Fattah (الفتاح) The Opener
20 Al-`Alim (العليم) The Knower of All
21 Al-Qabid (القابض) The Constrictor
22 Al-Basit (الباسط) The Reliever
23 Al-Khafid (الخافض) The Abaser
24 Ar-Rafi (الرافع) The Exalter
25 Al-Mu'izz (المعز) The Bestower of Honors
26 Al-Mudhill (المذل) The Humiliator
27 As-Sami (السميع) The Hearer of All
28 Al-Basir (البصير) The Seer of All
29 Al-Hakam (الحكم) The Judge One
30 Al-`Adl (العدل) The Just
31 Al-Latif (اللطيف) The Subtle One
32 Al-Khabir (الخبير) The All-Aware
33 Al-Halim (الحليم) The Forbearing
34 Al-Azim (العظيم) The Magnificent
35 Al-Ghafur (الغفور) The Forgiver and Hider of Faults
36 Ash-Shakur (الشكور) The Rewarder of Thankfulness
37 Al-Ali (العلى) The Highest
38 Al-Kabir (الكبير) The Greatest
39 Al-Hafiz (الحفيظ) The Preserver
40 Al-Muqit (المقيت) The Nourisher
41 Al-Hasib (الحسيب) The Accounter
42 Al-Jalil (الجليل) The Mighty
43 Al-Karim (الكريم) The Generous
44 Ar-Raqib (الرقيب) The Watchful One
45 Al-Mujib (المجيب) The Responder to Prayer
46 Al-Wasi (الواسع) The All-Comprehending
47 Al-Hakim (الحكيم) The Perfectly Wise
48 Al-Wadud (الودود) The Loving One
49 Al-Majid (المجيد) The Majestic One
50 Al-Ba'ith (الباعث) The Resurrector
51 Ash-Shahid (الشهيد) The Witness
52 Al-Haqq (الحق) The Truth
53 Al-Wakil (الوكيل) The Trustee
54 Al-Qawiyy (القوى) The Possessor of All Strength
55 Al-Matin (المتين) The Forceful One
56 Al-Waliyy (الولى) The Governor
57 Al-Hamid (الحميد) The Praised One
58 Al-Muhsi (المحصى) The Appraiser
59 Al-Mubdi' (المبدئ) The Originator
60 Al-Mu'id (المعيد) The Restorer
61 Al-Muhyi (المحيى) The Giver of Life
62 Al-Mumit (المميت) The Taker of Life
63 Al-Hayy (الحي) The Ever Living One
64 Al-Qayyum (القيوم) The Self-Existing One 65 Al-Wajid (الواجد) The Finder
66 Al-Majid (الماجد) The Glorious
67 Al-Wahid (الواحد) The One, the All Inclusive, The Indivisible
68 As-Samad (الصمد) The Satisfier of All Needs
69 Al-Qadir (القادر) The All Powerful
70 Al-Muqtadir (المقتدر) The Creator of All Power
71 Al-Muqaddim (المقدم) The Expediter
72 Al-Mu'akhkhir (المؤخر) The Delayer
73 Al-Awwal (الأول) The First
74 Al-Akhir (الأخر) The Last
75 Az-Zahir (الظاهر) The Manifest One
76 Al-Batin (الباطن) The Hidden One
77 Al-Wali (الوالي) The Protecting Friend
78 Al-Muta'ali (المتعالي) The Supreme One
79 Al-Barr (البر) The Doer of Good
80 At-Tawwab (التواب) The Guide to Repentance
81 Al-Muntaqim (المنتقم) The Avenger
82 Al-'Afuww (العفو) The Forgiver
83 Ar-Ra'uf (الرؤوف) The Clement
84 Malik-al-Mulk (مالك الملك) The Owner of All
85 Dhu-al-Jalal wa-al-Ikram (ذو الجلال و الإكرام) The Lord of Majesty and Bounty
86 Al-Muqsit (المقسط) The Equitable One
87 Al-Jami' (الجامع) The Gatherer
88 Al-Ghani (الغنى) The Rich One
89 Al-Mughni (المغنى) The Enricher
90 Al-Mani'(المانع) The Preventer of Harm
91 Ad-Darr (الضار) The Creator of The Harmful
92 An-Nafi' (النافع) The Creator of Good
93 An-Nur (النور) The Light
94 Al-Hadi (الهادي) The Guide
95 Al-Badi (البديع) The Originator
96 Al-Baqi (الباقي) The Everlasting One
97 Al-Warith (الوارث) The Inheritor of All
98 Ar-Rashid (الرشيد) The Righteous Teacher
99 As-Sabur (الصبور) The Patient One

Friday 19 August 2011

hutangku terhadap AMANAHKU...



Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah x100...

saat ini sebenarnya hatiku sdg menangis...
masih baru beberapa jam yang lalu pemergian ibu sahabat seperjuangnku y sama-sama berkhidmat sebagai pendidik di sebuah Sek Ren tempat kami sama-sama mencurah bakti dan ilmu..walaupan aku tidak pernah mengenali dan melihat wajah ibu itu, tp aku dapat merasai perasaan sahabtku itu saat ini menghadapi suatu kehilangan, tambahan lagi kehilangan itu adalah orang yang melahirkannya..

Di sekolah ini lah, lahirnya bibit-bibit kasih sayang yang sukar ku ungkapkan dgn baris kata-kata atau ucapan...kasih sayang yang lahir dr lubuk hati ini, aku yakini ia adalah dr Allah tuhan yang Maha Kaya dengan sifat Al-Rahman dan Ar-Rahim Nya..

Permulaan tugasku sbg guru, aku menjadi seorang yang tegas dan suka menunggikan suara, ini dek kerana perangai mereka yang kadang-kala meragut kasabaranku..
tapi lain pula jdnya slps 2 bln mengajar, hati ini Allah campakkan kasih sayang yang sangat dalam, sehinggakan mataku ini sering dibasahi air mata jika ada yang mengasari anak2 didikku, sifat marahku yang sememangnya sukar dikawal pada mulanya tiba-tiba berubah menjadi selaut kasih sayang kpd mereka..

teringat saat diriku memegang lujnah Exco Pembangunan Insan sesama memgang tampuk kepimpinan pelajar MPP (Majlis Perwakialn Pelajar), saat itu diriku terumbang ambing dlm melaksanakan tugas, serius dr lubuk hati ini sbnr sgt X10 x layak memegang lujnah tersebut, kedudukan diriku dlm lujnah tersebut sbg 'penyebok' dlm organisasi sahaja...'penyebok' adalah gelaran y aku beri utk diriku ketika itu yang aku rasa x pernah menyumbang ape2 pn utk organisasi dan kepimpinan...yang aku ingat cuma memberi idea setiap kali meeting...tp action, nothing...
aku berhutang sbnrnya dgn Allah atas tugas2 ku yang x terlaksana...aku berhutang dan hutangku masih belum terlangsai...

tetapi sebalik hakikat itu,Die lah Allah yang Maha Tahu segala apa yang telah diaturkanNya...
Allahu Akbar!!!
masih segar dlm lubuk memoriku ini saat melepaskan lujnah(amanah) tersebut saat melangkah keluar pulang ke negeri kelahiranku pd hari akhir semester 6...diri ini menyesal x terhingga apbila amanah Allah aku x laksanakan sebaik mungkin...
kepulanganku dgn seribu satu penyesalan buat aku berkobar-kobar berkhidmat di tanah air utk bangsa, ummah juga agamaku yang tercinta...
bermula saat itulah setiap peluang yang hadir di hadapanku, setiap tugas yang diberikan olah barisan kepimpinan Haluan Pahang cuba aku sahut segagah mungkin,dgn kudrat dan kemampuan yang ad... kadang-kala kepenatan dan keletihan buat diriku mulai goyah utk terus berdiri atas jalan ini, tapi aku yakin setiap langkahku ad Allah bersamku, Die Maha Kuasa dan dengan KekuasaanNya Die campakkan kekuatan dlm diri ini yang sememangnya sering lemah dan x berdaya..

Alhamdulillah, terima kasih ya Allah atas segala susunanMu utk diri ku ini, Sesungguhnya aku yakini Engkau Maha Tahu ape yang terbaik utk kehidupanku di dunia juga diakhirat...

~Perkongsian ini sebenarnya ingin sekali dirahsiakan, tp niat asal utk menulis entry ini adlah utk kalian baca ambil la iktibar drnya...SETIAP AMANAH YANG DIBERIKAN AKAN DIPERTANGGUNGJAWABKAN DAN DEPERSOALKAN SEMULA DI AKHIRAT KELAK...jika kalian membaca entry ini sangatlah rugi jika tidak mengambil manfaat darinya, izinkan diri ini mendapat saham kebaikan di akhirat kelak dgn setiap amalan kalian atas perkongsian dan nasihat dr entry ini...~

mohon maaf atas segala kesilapan,

Waallahu'alam...

Sekian perkongsian dr mawar biru..

Thursday 18 August 2011

sedarilah hakikat KEMATIAN ITU PASTI




KUBUR SETIAP HARI MENYERU MANUSIA SEBANYAK
LIMA KALI :

1. Aku rumah yang terpencil, maka kamu akan senang dengan selalu membaca Al-Quran.

2. Aku rumah yang gelap, maka terangilah aku dengan selalu solat malam.

3. Aku rumah penuh dengan tanah dan debu, maka bawalah amal soleh yang menjadi hamparan.

4. Aku rumah ular berbisa, maka bawalah amalan Bismillah sebagai penawar.

5. Aku rumah pertanyaan Munkar dan Nakir, maka perbanyakkan bacaan "Laa ilaha illallah, Muhammadur Rasulullah", supaya kamu dapat jawapan kepadanya.

Tuesday 16 August 2011

wahai MUSLIMAH, Allah mengangkat darjatmu slps kedatangan islam...




Siapa kata jadi perempuan tu senang?
nak kena tutup sana, tutup sini.
Tengok budak lelaki, pakai baju pagoda pun orang tak bising
perempuan, stoking pun kena pakai.

Cuba suruh budak lelaki jadi perempuan satu hari
konfem tak tahan bertutup semua
tapi, perempuan cool jerrr.
Tengah panas pon boleh lagi pakai jubah, hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
tiap-tiap bulan, mesti ada penyakit
nak pergi kelas pon susah
cuba tengok budak lelaki, selamber jerr
kadang-kadang setahun sekali pon susah nak dapat sakit
tapi, perempuan hidup berpuluh-puluh tahun dengan penyakit tiap-tiap bulan, survive jerr
tengah-tengah sakit pun boleh senyum lagi sampai orang pun tak perasan yang dia sakit

hebat kan perempuan?

Siapa kata jadi perempuan tu senang?
hati mereka Allah jadikan lembut betul
cepat je sensitif
cuba tengok orang putus cinta
selalu perempuan yang paling susah nak lupa
lelaki lepas putus cinta cepat jerrr cari yang baru
cuba pergi wayang tengok cerita hindustan
siapa yg paling teruk menangis?
perempuan kan? lelaki boleh gelak-gelak lagi
lembut tak lembut hati perempuan
tapi dengan hati yang lembut tu perempuan dapat mengagumkan lelaki

hebat tak perempuan?

Disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni lah, ramai perempuan yang merajuk dengan Allah
diorang cakap, Allah tak adilkenapa Allah lebihkan lelaki?
Kenapa perempuan kene dengar cakap suami?
kenapa syurga perempuan terletak di bawah kaki suami?
Padahal jadi perempuan tu sangatlah susah
bak kata orang, nak jaga 10 orang anak lelaki, tak susah macam nak jaga seorang anak perempuan.

Disebabkan perasaan negatif dekat Allah ni, ramai perempuan-perempuan kat luar sana yang memberontak.
Mereka pakai pakaian yang tidak menutup aurat dengan alasan, 'lelaki tak payah tutup pun'.
Mereka berani bertepuk tampar dengan lelaki
mereka sanggup gadaikan diri mereka sebab percaya dengan janji manis kekasih yang busuk hati

kesian kan dekat perempuan?

Disebabkan fikiran yang negatif terhadap Allah, mereka sanggup rosakkan diri sendiri
mereka cakap mereka buat macam tu sebab Allah tak adil

persoalannya sekarang?

Betul ke Allah tak adil dengan perempuan?
Betul, syurga perempuan terletak di bawah kaki suami
tapi, cuba ingat balik, syurga seorang anak lelaki terletak di bawah kaki siapa kalau bukan kaki ibunya?

Betul, isteri kena ikut cakap suami
tapi, seorang anak lelaki kena taat pada ibunya 3 kali lebih utama daripada ayahnya
tak adil lagikah Allah pada perempuan?
Allah bukan setakat adil, tapi Allah tu sangat sayangkan kaum perempuan

Untuk lelaki, syurga isterinya terletak di bawah kakinya
kalau paling banyak dia ada 4 orang isteri
cuma ada 4 orang yang syurganya bergantung pada seorang lelaki tu
tapi perempuan, ditakdirkan ada 15 orang anak lelaki
bermakna ada 15 orang yang syurganya terletak pada seorang perempuan tu

mashaAllah, hebatnya perempuan kan?

Kenapa perempuan hebat? Sebab kasih sayang Allah yang jadikan mereka hebat
cuba dengar pula lagu-lagu yang berkumandang dekat radio
banyak lagu pasal perempuan kan?
Jarang kita dengar lagu pasal lelaki
sayang tak sayang Allah tu dekat perempuan, sampai perempuan dikasihi macam tu sekali dekat dunia
masih tak adil lagikah Allah dekat perempuan?

Allah sebenarnya terlampau adil dekat perempuan
sampaikan disebabkan susahnya nak jadi perempuan ni
perempuan senang nak masuk syurga

HADIS :

" Apabila seorang perempuan mendirikan sembahyang lima waktu, berpuasa sebulan (Ramadhan), menjaga kehormatan dan taat kepada suami, dia akan disuruh memasuki syurga melalui mana-mana pintu yang dia sukai. "

(Hadis Riwayat Ahmad)

Tak adil lagikah Allah dekat perempuan?
oh perempuan, sedarlah
betapa sayangnya Allah padamu
betapa cintanya Allah padamu.
Tapi, kenapa kamu nak rosakkan diri kamu kerana fikiran-fikiran negatif yang tak berasas dekat Allah?

Allah jadikan perempuan tu sebagai hiasan dunia
bayangkan dunia yang besar ni, dunia yang cantik ni, kita jadi hiasan
dan seindah-indah hiasan tu adalah wanita solehah.
Kesiannya dekat perempuan yang menolak untuk menjadi seindah hiasan kan?

Wahai wanita, nampakkah anda betapa sayangnya Allah kepadamu. Kenapakah kamu masih berdegil untuk mengikut perintahya. Pernah kah engkau tahu betapa sedihnya Allah pabila melihat kaum wanita yang sepatutnya senang untuk memasuki syurga menjadi perempuan yang durjana.

YA ALLAH !!

Kau ampunkanlah dosa-dosa kami,
Kau berilah kami kesihatan tubuh badan,
Kau berilah kami rezeki yang melimpah ruah,
Kau berilah kami akan jalan yang lurus,
Kau kuatkanlah iman kami.

Saturday 6 August 2011

PUASA dan SOLAT (tarawih & tahajut) sebagai terapi kesihatan kepada tubuh manusia

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah ..
selepas pengamatan dan pembacaan saya terhadap kelebihan berpuasa, sy terkesan dengan terapi kesihatan pada ibadah yang Allah perintahkan iaitu puasa dan solat...
jom sama2 kita telusuri keajaiban ciptaan Allah dlm ibadah-ibadahnya...


Tahajud, mukjizat penyembuh penyakit? Mahukah anda mengerjakan solat di samping itu dapat menguatkan sistem tubuh badan? Sekiranya mahu, maka tunaikanlah solat tahajud. Kajian membuktikan solat tahajud bukan sahaja menjadi pemangkin kepada peningkatan keimanan dan kekuatan dalaman manusia bahkan ia berupaya meningkatkan kesihatan tubuh. Berdasarkan kepada kaedah psikoneuroimunologi, ia mampu mencerdaskan ketahanan tubuh dengan menguatkan sistem imunisasi. Bahkan, individu yang sedang menderita sakit-sakit kronik juga mempunyai peluang untuk sembuh melalui kaedah terapi solat tahajud.

Menakjubkan? Ya. Oleh sebab itulah, solat tahajud disifatkan sebagai mukjizat yang ditinggalkan oleh Nabi Muhammad kepada umat Islam. Hakikatnya, jika tidak kerana takut perintah solat tahajud membebankan umatnya, pasti beliau terus mewajibkan solat tahajud. Namun begitu, malangnya hari ini, tidak ramai yang tahu kehebatan solat tahajud khususnya sebagai terapi penyembuhan.
Tapi yang paling terkesan adalah menurut buku ini, solat tahajud juga boleh mendatangkan penyakit bagi yang tidak ikhlas melakukannya. Hal ini menunjukkan keikhlasan hati(ibarat semut hitam yang berjalan di atas batu hitam pada waktu malam) amatlah berpengaruh dalam pelaksanaan ibadah. Apape pun, semoga bermanfaat untuk semua.

Doa Nabi Muhammad semasa beliau bangun dari tidur bagi solat tahajud

Ya Allah, bagiMu segala pujian,
Engkaulah yang menegakkan langit dan bumi,
Dan apa-apa yang berada di dalamnya

Ya Allah, bagiMu segala pujian,
KepunyaanMu seluruh kerajaan langit dan bumi,
Dan apa-apa yang berada di dalamnya

Ya Allah, bagiMu segala pujian,
Engkaulah Cahaya langit dan bumi,
Dan apa-apa yang berada di dalamnya

Hanya bagiMu segala pujian,
Engkaulah Yang Maha Haq,

JanjiMu itu Maha Benar,
Pertemuan denganMu adalah benar,
Kata-kataMu adalah benar,

Syurga itu benar, Neraka itu benar,
Para nabi itu adalah benar,
Muhammad adalah benar,
Dan Hari Kiamat itu adalah benar.

Ya Allah, hanya untukMu aku menyembah,
Hanya kepadaMu aku beriman,
Hanya kepadaMu aku bertawakal,

Ya Allah,
KepadaMu aku kembali,
KeranaMu aku berjuang, dan
kepadaMu pula aku berhakim.

Ampunilah dosa-dosaku yang terdahulu dan terkemudian,
Ampunilah aku daripada dosa yang aku sembunyikan dan yang aku nampakkan,
Dan daripada dosa-dosaku yang Engkau lebih mengetahui daripada diriku.

Engkaulah yang Menyegerakan dan Engkaulah yang Mengakhirkan,
Tiada Tuhan melainkan Engkau,
Dan tiada daya dan kekuatan, melainkan kerana Engkau,
Ya Allah…

(hadith riwayat al-Bukhari)




Sebagai Pencipta manusia, jasad dan roh, Allah s.w.t. pasti lebih tahu apa yang baik untuk manusia. Kewajipan puasa tidak hanya bertujuan merawat jiwa manusia dalam ketaatan dan kepatuhannya kepada Allah tetapi juga sebagai terapi tahunan untuk tubuh manusia. Ini jelas dilihat dalam surah al-Baqarah ayat 184 bermaksud: Berpuasa itu lebih baik bagi kamu, kalau kamu mengetahui.

Puasa telah sedia dikenali sebagai satu rawatan semula jadi untuk pelbagai jenis penyakit sejak beribu-ribu tahun dahulu. Ramai pakar perubatan kuno berpuasa dan menyarankan pesakit-pesakitnya agar berpuasa sebagai satu kaedah rawatan. Contohnya, Ibnu Sina, pakar perubatan Islam, menyifatkan puasa sebagai rawatan untuk pelbagai jenis penyakit.

Malah doktor-doktor Islam kini mengakui puasa boleh mengubati penyakit cacar dan sifilis. Napoleon ketika menawan Mesir, mengamalkan terapi puasa untuk mengawal penyakit berjangkit. Dr. Fredrick Hoffman, dari Universiti Moscow pada 1769 menasihatkan pesakit-pesakitnya agar berpuasa ketika sakit. Menurut beliau, puasa memberikan masa untuk perut berehat dan memberikan ruang untuk tubuh mengembalikan kekuatan.

Allah sendiri menjelaskan bahawa puasa yang diwajibkan ke atas kita ini telahpun diamalkan oleh umat-umat sebelum ini. Firman-Nya:
" Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertakwa". (al-Baqarah: 183)

Pada kurun ke-19, Zeland, seorang pakar perubatan Rusia, mengumumkan bahawa puasa memberi kesan positif kepada urat saraf, sistem penghadaman dan darah. Katanya lagi, puasa memberikan masa yang cukup untuk tubuh berehat, di samping beroleh kekuatan baru.
Sebenarnya hakikat puasa sebagai terapi melawan penyakit bukan sesuatu yang baru. Rasulullah yang hidup pada zaman gelap sains, mengakui bahawa puasa adalah senjata untuk melawan penyakit. Sabda baginda, “Puasa adalah senjata untuk mempertahankan diri”. (riwayat Imam Ahmad)

Pakar-pakar moden kini mengesahkan bahawa setiap orang perlu berpuasa, sama ada orang itu sihat, apatah lagi jika sakit. Pelbagai racun memasuki tubuh sepanjang hidup kita, melalui makanan dan minuman moden yang tidak sihat dan sarat dengan bahan kimia dan udara yang tercemar.

Tubuh tidak mampu menyingkirkan semua racun ini dan menyebabkan manusia semakin lemah. Puasa dapat memberi ruang dan kesempatan untuk sel-sel tubuh membersihkan diri mereka daripada racun-racun ini dengan lebih berkesan. Berbeza dengan amalan diet biasa, kaedah puasa Ramadan adalah yang terbaik kerana dilakukan dengan sistematik setiap tahun.
Walaupun keberkesanan terapi puasa terhadap tubuh telah diakui tetapi perkara paling menakjubkan ialah kemampuannya untuk merawat masalah psikologi yang kritikal. Puasa memberi masa untuk sel-sel otak berehat dan pada masa sama, bertindak membersihkan sel-sel darah daripada toksik. Darah bersih yang memasuki otak ini akan turut sama membersihkannya.

Hasilnya, orang yang berpuasa mempunyai otak yang lebih kuat dan cerdas untuk berfikir. Ini dibuktikan apabila Pengarah Institut Pesakit Mental Moscow, Dr. Yuri Nikolayev, merawat 7,000 pesakit mental dengan menggunakan terapi puasa, setelah semua kaedah dan ubat-ubatan lain tidak berkesan. Menakjubkan rawatan ini berjaya!

Bagaimanapun, terdapat beberapa keadaan yang tidak membenarkan mereka yang mempunyai masalah psikologi berpuasa seperti pesakit yang menderita epilepsi (sawan) yang disebabkan oleh kekurangan kandungan gula dalam darah kerana memerlukan pengambilan ubat sepanjang Ramadan.

Begitu juga dengan pesakit skizofrenia, menggunakan ubat yang menyebabkan mulut kering dan dahaga. Pengguna Lithium juga tidak boleh berpuasa kerana kekurangan air di dalam badan boleh menyebabkan kepekatan darah dan menukarkan dadah menjadi racun.

Kebanyakan doktor menyarankan agar pesakit diabetes jenis 2 agar tidak berpuasa kerana memudaratkan. Tetapi, Dr. Riyadh Sulaimani dan rakan-rakannya di Kuliah Perubatan Hospital al-Malik Khaled al-Jami’, pada 1990, telah menjalankan kajian tentang kesan puasa Ramadan kepada pesakit diabetes jenis 2.

Seramai 47 orang pesakit diabetes jenis 2 yang terlibat dalam kajian ini telah berpuasa dan didapati tidak terdapat kesan yang memudaratkan kepada mereka dari segi berat badan dan kandungan gula dalam badan.

Bagaimanapun, mereka ini sebaiknya mendapatkan nasihat doktor sebelum berpuasa. Pesakit yang bergantung pada suntikan insulin, tidak disarankan berpuasa kerana mereka perlu makan setengah jam selepas suntikan. Namun begitu pesakit yang menggunakan ubat-ubatan, mungkin boleh mengambil manfaat daripada puasa terutama mereka yang mengalami berat badan berlebihan.

Puasa boleh membantu anda kekal muda remaja! Sekurang-kurangnya itulah yang di dakwa oleh Dr. Masora EJ dari Fakulti Psikologi Universiti Texas, yang mengkaji kaitan puasa dengan faktor panjang umur dan awet muda. Dengan mengurangkan 50-70 peratus makanan yang diberikan kepada beberapa ekor tikus, didapati ia membantu memanjangkan jangka hayat mereka serta dapat mencegah penyakit-penyakit yang berkaitan dengan usia.

Terapi yang dinamakan sebagai Antiaging Action of Caloric Restriction (CR) ini berkesan kerana pembersihan berterusan sel-sel tubuh melalui puasa dapat memanjangkan umur sel dan melambatkan proses penuaan.

Selain itu, keperluan badan terhadap protein juga menurun dan ini membolehkan sel-sel berehat dengan baik. Puasa juga dapat memperbaharui sel-sel dengan cara yang selamat.Benarlah seperti yang disabdakan Baginda, nabi yang ummi yang tidak mengenal huruf, bahawa puasa adalah senjata untuk mempertahankan diri. Ini kerana, ketika puasa menyebabkan perubahan hormon di dalam badan.

Kajian Dr. Kernt et. al, telah mengesan perubahan dalam pengeluaran Hormon Pembesaran (Growth Hormone) oleh kelenjar pituari dalam tubuh orang yang berpuasa. Ini memberikan kesan positif dalam menguatkan sistem imuniti tubuh. Seperti yang kita tahu, sistem imuniti adalah ‘senjata’ mempertahankan diri daripada serangan luar. Dengan semua nikmat ini, bulan Ramadan layak dinobatkan sebagai Bulan Kesihatan Sedunia!

Maha Suci Allah yang telah menganugerahkan nikmat Ramadan ini. Kita berpuasa kerana Allah, begitu juga dengan semua ibadat lain. Kerana ketaatan ini, kita menerima kebaikan di dunia dan di akhirat berupa kesihatan yang baik. Sedangkan pada masa yang sama orang bukan Islam berhempas pulas mengkaji tentang puasa, nikmat yang telah lama kita kecapi.

Wednesday 3 August 2011

TETAMU RAMADHAN (kehadiran hamba Allah dari Gaza)

Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah, segala pujian hanya untuk Die tuhan yang mentadbir alam ini...

Alhamdulillah, tanggal 1 ramadhan 1432 h/ bersamaan 1 ogos 2011 kehadiran tetamu barakah (ramadhan al-mubarak) menunjukkan kasih sayang Allah kepada kita umat Muhammad yang tidak dirasai oleh umat-umat yang lain..
kehadiran ramadhan ditambah lagi dgn kehadiran tetamu istimewa dari gaza, palestin pada 3 ramadahan 1432 h, bersama-sama kami sekeluarga berbuka puasa di teratak usang kami..
Namanya diberi Ali Al-Khatib bersama sahabatnya yang berasal dari Malaysia Ali Ahmad Fauzi bersama-sama memeriah kan ifthar kami...Ali Ahmad Fauzi berfungsi sebagai penterjemah kepada sahabatnya yang tidak boleh bertutur di dalam bahasa melayu..


detik indah ini dirakamkan oleh adik sy, Abdullah Fahmi b Mohammad Nasri yang turut kelihatan di wajahnya sangat gembira dgn kehadiran tetamu barakah ini...


benarlah kata pepatah arab "tetamu itu datang membawa barakah pulang dengan kerahmatan"...



antara makanan ruji orang arab "khubzun" yang bermaksud roti atau dengan panggilan lain "komhun" yang bermaksud gandum...

antara makanan lain yang dihidangkan:
- nasi ayam berempah buatan tangan umi tersayang
- kuih muih (murtabak dan kuih talam)
- buah anggur dan "abu sya'run" iaitu rambutan
- air : "alma' u syai"...air teh, "alma' u laban"..susu



susu dan yorgurt kegemaran tetamu arab ini... :)




si comelku (farah hanan)...saat menanti waktu berbuka di dapur teratak usang kami...

Alhamdulillah ramadhan yang kami nanti2kan kehadirannya, pemergiannya kami tangisi...

"ya Allah jadikanlah kami tergolong dalam hamba-hambamu yang yang Engkau janjikan untuk diampuni dosa-dosanya kerana menjalani ibadahmu dgn sepenuh hati di bulan ramadhan ini dan hanya mengharapkan keampunan dariMu....Amin..."

Waalahu'alam...

sekian sj perkongsian ramadhan dari mawar biru...

Tuesday 2 August 2011

amalan Rasulullah apabila datangnya BULAN BARAKAH (ramadhan)

Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, segala pujian hanya utk Dia tuhan yang Maha Agung, Maha Penyayang...dengan keizinanNya kita Allah pilih utk berada dalam madrasah Ramadhan,
Alhamdullillah hari ni suka rasanya sy untuk berkongsi hadith-hadith Nabi yang rajih(kuat) untuk sama-sama kita ambil iktibar untuk kita lalui Ramadhan yang masih berbaki 28 hari lagi... sesingkat masa yang ada ini mari lah sama-sama kita manfaatkan peluang yang ada, krn kita x ketahui susunan Allah untuk kita, dikhuatiri ini adalah Ramadhan terakhir untuk kita...


bangun sahur

Dari Anas r.a. bahawa beliau penah mendengar Rasulullah pernah bersabda:
"Bersahurlah kamu sekalian kerana sesungguhnya di dalam sahur itu terdapat barakah"
(HR Bukhari dan Muslim)

Dari Amr b 'Ash r.a. bahawa nabi Muhammad telah bersabda :
"Kelebihan puasa kami dan puasa ahli kitab adalah adanya makan sahur"
(HR Muslim)


Melambatkan Sahur

Dr Za'id b Tsabit r.a berkata :
"Kami sahur bersama-sama dengan Rasulullah saw, kemudian kami melaksanakan solat"
ada seseorang bertanya "berapa lama antara sahur dengan solat itu"
Ia menjawab "kira-kira 50 ayat"
(HR Bukhari dan Muslim)


Segera berbuka puasa

Dr Sahl b Sa'd r.a bahawa Rasulullah saw bersabda:
"Manusia itu selalu dalam kebaikan selama mereka bersegera berbuka puasa"
(HR Bukhari dan Muslim)


Berbuka dengan ruthob atau tamar atau air

Dr Anas r.a berkata:
"Rasulullah sentiasa berbuka dengan beberapa biji ruthob (kurma yang baru masak) sebelum solat, jika tidak ad ruthob maka beliau saw berbuka dengan tamar (kurma yang kering), jika tidak ada tamar maka Rasulullah saw meneguk air beberapa teguk"
(HR Abu Daud dan at-Turmudzy)


Perbanyakkan doa

Rasulullah saw bersabda :
"Ada 3 golongan yang tidak ditolak doa mereka, orang yang berbuka sehingga dia berbuka, pemimpin negara yang adil dan orang yang teraniaya"
(HR at-Turmudzy dengan sanad hassan)


Jauhi pertelingkahan dan pertuturan yang tidak elok

Abu Hurairah r.a berkata bahawa Nabi Muhammad saw telah bersabda :
"Barangsiapa yang tidak meninggalkan kata-kata dusta dan perbuatan buruk, maka Allah tidak memerlukan ia meninggalkan makan dan minumnya"
(HR Bukhari)

Dr Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw bersabda :
"Puasa itu adalah perisai, oleh kerana itu apabila salah seorang dari kamu sekalian berpuasa maka janganlah berkata kotor dan janganlah bertengkar atau berteriak. Apabila dia seseorang yang mencaci-maki atau mengajak berkelahi, maka hendakalah ia berkata 'sesungguhnya aku sedang berpuasa'."
(HR Bukhari dan Muslim)


bersiwak dan gosok gigi

Amir bin Rabi'ah berkata:
"Aku melihat Nabi saw bersiwak dan beliau pada saat itu sedang berpuasa, kerana seringnya Rasulullah bersiwak maka aku tidak dapat membilang dan menghitungnya"
(HR Bukhari)

Abu Hurairah r.a mengatakan bahawa Nabi saw bersabda:
"Andaikan tidak memberatkan umatku,nescaya mereka ku pintakan bersiwak pada setiap kali berwuduk"
(HR Bukhari)


Banyakkan berinfak

Dr Ibnu Abbas r.a berkata:
"Rasulullah saw adalah yang paling dermawan, dan sifat dermawannya itu lebih menonjol pada bulan Ramadhan yakni ketika ditemui Jibril, biasanya Jibril menemuinya pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari Alquran, maka Rasulullah saw lebih murah hati melakukan kebaikan dari angin yang bertiup"
(HR Bukhari)


Banyakkan membaca dan mempelajari isi kandungan Al-quran pada bulan Ramadhan

Dr Ibnu Abbas r.a katanya :
"Biasanya Jibril menemuinya (Rasulullah saw) pada setiap malam bulan Ramadhan, dibawanya mempelajari Al-quran"
(HR Bukhari)


Beri makan kepada orang lain untuk berbuka puasa

Dr Za'id b Khalid Al-Juhanny r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"Barangsiapa yang meberi makan untuk orang yang berbuka puasa, maka ia mendapat pahala orang yang berpuasa itu dengan tidak mengurangi sedikit pun pahala orang yang berpuasa itu"
(HR at-Turmudzy)


Hidupkan malam bulan Ramadahan dengan solat sunat

Dr Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah saw telah bersabda:
"BArangsiapa yang mengerjakan solat sunat pada malam bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan hanya mengharap pahala dr Allah, maka akan diampuni dosa-dosanya yang telah lalu"
(HR Bukahri dan Muslim)


Gandakan amal ibadat pada 10 malam terakhir Ramadahan

Aisyah r.a berkata:
"Bahawa Rasulullah saw apabila masuk 10 malam terakhir bulan Ramadhan, diramaikannya pada waktu malam,dibangunkan ahli keluarganya dan diikat erat kain sarungnya"
(HR Bukhari dan Muslim)


Beriktikaf di masjid pada bualn Ramadhan

Dr Ibnu Umar r.a berkata:
"Rasulullah saw selalu beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan"
(HR Bukhari dan Muslim)

Dr Aisyah r.a berkata:
"Rasulullah saw selalu beriktikaf pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan sehingga beliau dipanggil Allah swt, kemudian setelah beliau wafat, isteri-isterinya meneruskan kebiasaannya"
(HR Bukhari dan Muslim)

sama-sama lah kita ambil pengajaran dr hadith-hadith Rasulullah saw ini..
Jangan lupa amalkan juga sunnah Rasullah yang lain seperti:
*senyum
*bersalam
*solat berjamaah di masjid
*berbuat baik kepada ahli keluarga dan jiran
*beri nasihat
*merendah diri
*dan banyak lagi sunnah Nabi yang lain..

Waallahu'alam...

sekian sj perkongsian dr mawar biru..