Thursday 30 June 2011

"SAHABAT, keranamu aku ketawa..keranamu juga aku menangis"

~gambar ini kenangan bersama shbt2 seperjuangan dr Sek Men Agama Kg Laut semasa lawatan ke court iium 2006~

Ya Allah,
Kau berkatilah ukhwahfillah kami....
Kami hanya insan-insan kerdil yang menumpang buat sementara di atas muka bumi ini..
DariMu kami datang dan dariMu jualah kami kembali...

Ya Allah,
Ukhwahfillah yang kami bina ini...
Adalah dengan izinMu...
Andai ada di antara kami yang terpesong....
Maka kembalikanlah kami ke jalan kebenaran...
Dan jalan yang Engkau redhai.....

Ya Allah,
Engkau titipkanlah dalam hati kami...
Sifat saling hormat-menghormati...
Saling sayang-menyayangi....
Saling kasih-mengasihi....
Agar ikatan ukhwahfillah ini...
Tidak akan terlerai....
Biarkan ianya tersimpul.....

Ya Allah,
Hanya takdirMu yang akan...
Memisahkan ikatan ukhwafillah....
Yang kami bina ini...
Andai itu telah tersurat...
Kami pasrah.....ya Allah
AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

Sahabat....
Seandainya hatimu terluka dan tercalar keranaku.......
Ampun dan maaf ku pohon........

Sahabat......
Terima kasih kuucapkan.....
Kerana memilihku sebagai salah seorang sahabatmu......
Kerana sudi luangkan masamu bersamaku......
Kerana sudi menjadi pendengar setiaku.....
Kerana sudi berkongsi suka dan duka denganku.....
Kerana sudi melayan setiap kerenahku....
Yang entah apa-apa.....

sahabat.....
Ketahuilah olehmu.....
Kau adalah di antara insan.....
Yang paling ku sayangi dan ku rindui.....
Hilangmu tak mungkin ada penggantinya.....

Sahabat.....
Sepimu tanpa sebarang berita.....
Membuatku tertanya-tanya.....
Apakah salahku kepadamu.....
Ku sedar siapa diri ini.....
Insan yang tak punya apa-apa....
Insan yang serba kekurangan.....

Sahabat.....
Seandainya takdir memisahkan kita.....
Ku pasrah segalanya.....
Andai itu telah tersurat.....
Maafkan aku wahai sahabat.....
Sesungguhnya aku amat menyayangi dan merinduimu.....
Kini dan selamanya.....

Sahabat.....
Doa dariku sentiasa mengiringi setiap langkahmu....
Dalam mengharungi liku-liku perjalanan hidup....
Moga kau beroleh kebahagiaan....
artikel from www.iluvislam.com


Artikle ni membuat hati y gundah ini menimbulkan persoalan dan jawapan buatmu..shbtku...
dr mawar biru y saat ini hatinya gundah..
Aku mohon padaMu ya Allah, temani aku dlm setiap langkahku..

Tuesday 28 June 2011

1 akal wanita + 9 akal lelaki = sempurnalah 10 akal




Jangankan lelaki biasa,nabi pun terasa sunyi tanpa wanita.
Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah.
Masih mencari walau ada segalanya.
Apa yang tiada dalam syurga?
Namun adam tetap rindukan hawa.

Dijadikan wanita daripada tulang rusuk yang bengkok.
Untuk diluruskan oleh lelaki.
Tetapi seandainya lelaki itu sendiri tidak lurus,
Mana mungkin kayu yang bengkok menghasilkan bayang yang lurus.

Luruskanlah wanita dengan jalan yang ditunjuk oleh Allah,
Kerana mereka diciptakan sebegitu rupa oleh Allah.
Didiklah mereka dengan panduan darinya.
Jangan cuba menjinakkan mereka dengan harta, kerana nantinya mereka semakin liar.
Janganlah hiburkan mereka dengan kecantikan, kerana nantinya mereka akan semakin derita.
Kenalkan mereka kepada Allah, zat yang kekal. Di situlah punca kekuatan dunia.

Akal senipis rambutnya, tebalkanlah ia dengan ilmu.
Hati serapuh kaca, kuatkanlah ia dengan iman...
Perasaan selembut sutera, hiasilah ia dengan akhlak.

Suburkanlah ia kerana dari situlah nantinya...
Mereka akan lihat nilaian dan keadilan Rab...
Bisikkan ke telinga mereka bahawa kelembutan bukan suatu kelemahan..
Ia bukan diskriminasi Allah...sebaliknya di situlah kasih dan sayang Allah...

Wanita yang lupa hakikat kejadiannya...
Pasti tidak akan terhibur, dan tidak akan menghiburkan...
Tanpa iman, ilmu dan akhlak..mereka tidak akan lurus...
Bahkan akan semakin membengkok...
Itulah hakikatnya andai wanita tidak kenal Rabbnya...

Bila wanita menjadi derhaka...pasti dunia lelaki akan menjadi huru hara....
Lelaki pula janganlah mengharapkan ketaatan semata-mata...
Tapi binalah kepimpinan...
Pastikan sebelum wanita menuju ilahi, pimpinlah diri kepadanya...
Jinakkan diri kepada allah...
Nescaya akan jinaklah segala-galanya di bawah pimpinanmu...
Janganlah mengharapkan isteri semulia Fatimah Az-Zahra'
Seandainya dirimu tidak sehebat saidina Ali r.a

tuntutan memelihara UKHUWAH keatas diri seorang mukmin


Bismillahirrahmanirrahim...
Alhamdulillah X3..
ya Allah sememangnya sy sgt takut ble berbicara tajuk ini...
sy juga takut utk mengeluarkan statement y berkaitan tajuk ini...

suatu masa dahulu ketika di sek men sehingga ke peringkat IPT apabila disuruh memberi penyampaian atau tazkirah juga ucapan pagi di perhimpunan, sy lebih gemar memilih tajuk ukhuwah...tp disebalik tajuk ini, menyimpan 1001 kisah ttg shbt...
setiap kali tajuk ini menjadi ucapan di bibir sy, sy pasti teruji hebat dgn ucapan sy sendiri..
Astaghfirullah al 'azim..
x termampu sbnrnya apbila Allah dtgkan ujian ukhuwah ini...
saat menulis article ini sy teruji dgn kesetiaan manusia..

kata2 ini sy pernah ucapkan kpd seorang adik junior di KTD tempat yang mna pernah menjadi syurga ukhuwah buat sy (terutama apabila bersama shbt2 KUIS)..
~jgn mengharap kesetiaan dlm diri seorg shbt, krn kesetian kpd manusia akn buat kamu menderita...tp berilah kesetiaan kpd Allah, Dia pasti xkn mengecewakn kamu~
x smpai beberapa jam sy ucapkan kata2 in, ujian mula menyapa hati gersang ini..ALLAHU AKBAR!!! rasa kerdil diri ini, sesungguhnya Dia lah tuhan yang Maha Kuat, Maha Agung..diri ini x terdaya sbnrnya...mohon keampunan atas kesilapan diri yang lahir dr perasaan2 anugerah Allah..
benarlah apabila kita dlm keadaan marah, benci, kecewa...akal dan hati xakan dpt bersatu..akan lahir tindakan2 di luar kawalan iman..

insyaallah.. jom kita sama2 menyedari hakikat ukhuwah dan tuntutannya dlm diri seorang mukmin


maksud ukhuwah islamiah menurut Imam Hasan Al Banna
Kata ukhuwah berasal dari perkataan bahasa arab 'akha' dgn maksud Ukhuwah Islamiyah adalah keterikatan hati dan jiwa satu sama lain dengan ikatan aqidah.

Hakekat Ukhuwah Islamiyah:



1.Nikmat Allah (Q.S. 3:103)
teringat kata2 seorang shbt :
"mutiaraku mula mengalir dengan hikayatmu..
andai diriku Allah tidak redha untuk ke syurgaNya..
kalian adalah nikmat syurgaku didunia..
mga setiap langkahku adalah jalan menuju cintaNya." ALLAHU AKBAR!!!



2.Perumpamaan tali tasbih (Q.S.43:67)
perumpamaan tali tasbih y saling memerlukan diantara satu sama lain...
setiap mukmin ad tugas dan tanggungjawab masing2 dan ukhuwah islamiah sbg sandaran utk saling menguatkan diantara mukmin yang lain dlm melakukan tanggungg..

3.Merupakan arahan Rabbani (Q.S. 8:63)
ia perintah dr Allah, juga sebahagian sunnah Rasulullah saw..


4.Merupakan cermin kekuatan iman (Q.S.49:10)
shbt adalah cermin utk diri kita dlm proses saling lengkap-melengkapi antara satu sama lain..

Tidaklah dua orang muslim berjumpa, lalu keduanya berjabat tangan, kecuali keduanya diampuni sebelum keduanya bepisah.” (H.R. Abu Daud)

Diriwayatkan oleh Imam Mlik dalam Al Muwatha’ dari abi Idris Al Khaulany
rahimahullah bahwa ia berkata:
“Aku pernah masuk Masjid Damaskus. Tiba-tiba aku jumpai seorang pemuda yang
murah senyum yang dikerumuni banyak orang. Jika Mereka berselisih tentang sesuatu
maka mereka mengembalikan kepada pemuda tersebut dan meminta pendapatnya.
Aku bertanya tentang dia, lalu dikatakan oleh mereka,’Ini Muadz bin Jabal.’
Keesokan harinya , pagi-pagi sekali aku dating ke masjid itu lagi dan kudapati dia
telah berada di sana tengah melakukan shalat. Kutunggu ampai dia selesai melakukan
shalat kemudian aku temui dan kuucapkan salam kepadanya. Aku berkata,’Demi
Alloh aku mencintaimu. Lalu ia bertanya.’Apakah Alloh tidak lebih kau cintai?’ Aku
jawab,’Ya Alloh aku cintai’. Lalu ia memegang ujung selendangku dan menariknya
seraya berkata,’Bergembiralah karena sesungguhnya aku pernah mendengar
Rasulullah saw, berabda,”Alloh berfirman, cinta-Ku pasti akan mereka peroleh bagi
orang yang saling memadu cinta karena Aku, saling mengunjungi karena Aku, dan
saling memberi karena Aku.”


jom sama2 kita lihat manfaat drpd berukhuwah kerana Allah..

1. Merasai kemanisan iman

2. Mendapatkan perlindungan Allah di hari kiamat (termasuk dalam 7
golongan yang dilindungi)

3. Mendapatkan tempat khusus di surga (Q.S. 15:45-48)

unsur2 ukhuwah adalah lahir dr perasaan cinta dan kasih syg..
darjat terenadah ukhuwah adalah dgn bersangka baik (husnuzzon), jauh dr perasaan dengki, marah, sedih dan segala perasaan yang bleh meretakkan hubaungan sesama mukmin..

darjat ukhuwah yang tertinggi adalah mengutamakan (ithar) ,mari sama2 kita kembali kpd sirah Rasulullah saw.. pertemuan antara muhajirin dan ansar..
kaum muhajirin(orang2 y berhijrah) dr kota mekah ke kota madinah..dan kaum ansar adalah kaum muslimin yang menetap di madinah..
kehadiran kaum muhajirin ke madinah disambut baik oleh kaum ansar..
hingga ad diantara kaum ansar sanggup menyerahkan sebahagian dr harta mereka dan salah satu drpd isteri2 mrk utk kaum muhajiri..
ALLAHU AKBAR!! Hebatnya ukhuwah para sahabat kerana mereka diasuh di bawah didikan Rasulullah saw dibawah 1 aqidah yang sama..berpegang kpd prinsip LA ILAHA ILLALLAH..

Alhamdulillah, mungkin setakat ini shj mampu sy kongsikan...sy takut sekali bicara panjang sy ini akan mengundang murka Allah andai ucapan sy ini tidak sy laksanakan...
Astghfirullah al'azim X1000

sekian sj dr mawar biru yang sedang dlm proses penyucian jiwa..
Waalahu'alam..

Monday 27 June 2011

FAMILY DAY KOBI 2011

Bismillahirrahmanirrahim...
Assalamualaikum..

Alhamdulillah X3 segala puji bg Allah tuhan sekalian alam, kerana jari-jemari ini mampu digerakkan.. tanpa kuasaNya diri ini y penuh dgn kelemahan mungkin x mampu utk meulis dgn dn berkongsi dgn pembaca sekalian...

Alhamdulillah X3, ingin sekali sy berkongsi sekitar perjalanan MESYUARAT AGUNG TAHUNAN PERWAKILAN KALI KE -16 dan HARI KELUARGA KOBI 2011..
sebelum itu ingin sy perkenalkan apa itu KOBI???

KOBI ialah koperasi bimbingn insan berhad yang ditubuhkan dibawah HALUAN PAHANG utk menjaga kebajikan ahli KOBI sendiri dan utk mengumpul dana bg prgrm2 berbakti dan memberi kesdaran kpd masyarakat..



sepanjang family daY..

TEMPAT :Amansari Beach Resort,kg Cempaka , Kuantan Pahang
TARIKH :25-26 jun 2011

TEMA : bekerjasama atas kebaikan dan taqwa utk membina ummah madani


suasana ketika AGM KOBI 2011 dan penyampaian hadiah utk anak2 KOBI yang cemerlang dlm peperiksaan..



sukaneka utk sek rendah..antara acara yang dimainkan di tepi pantai..
-acara masukkan pasir dlm botol
-acara mencari gula2 dlm pasir
-acara tiup belon sampai pecah



mandi-manda di kolam..



hanan berenang-renang sambil menikmati air anugerah Allah..



FAMILY RACE utk remaja..antara check point2nya..
-makan tembikai dlm kump dgn menggunakan 1 sudu
-bandage (latihan utk kecemasan apabila tgn patah)
-mencipta busana muslimah dgn menggunakan surat khabar lama, dan salotape
-bermain dia atas pasir
-mencantumkan puzzle
-teka silang kata (mengenal para sahabat nabi)

~yang sedihnya sy selaku urusetia x dpt nk bersama2 utk menyelesaikan setiap check point~



demontrasi membuat roti utk kaum ibu..



hadiah2 utk cabutan bertuah, pemenang sukaneka, family race,cenderahati utk ibu2, anak2 dan bapa2..



antara hadiah y dibawa pualng ke rumah oleh keluarga Mohammad Nasri Yahaya dan Mariani Md Aris


alhamdulillah dgn berakhirnya prgrm FAMILY DAY diharapkan ahli keluarga KOBI merasai kepentinagan membina ukhuwah dan kebersamaan dlm melakukan kebaikan dan mencapai tahap taqwa, semua yang dilakukan adalah tidak lain dan tidak bukan hanya utk mendapat keredhaan Allah swt..Insyaallah..
Jika dipanjangkan umur, insyaallah kita akan berjumpa lg pd FAMILY DAY KOBI 2012...

Sekian shj perkongsian dr mawar biru..

Waallahu'alam..

Thursday 23 June 2011

sampaikan aku kpdmu wahai RAMADHAN


Bismillahirrahmanirrahim..

Firman Allah dalam Surah al-Baqarah ayat 183 yang bermaksud:

"Wahai orang-orang yang beriman, kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang yang dahulu daripada kamu supaya kamu bertakwa."

Wednesday 22 June 2011

RESS melahirkan muslimah mukminah yang berjiwa kental




Bismillahirrahmanirrahim..

Alhamdulillah,segala puji-pujian hanya Die y Maha Agung..
Dengan kuasaNya dapat lg jari-jemari y lemah ni menari di atas keyboard buatan manusia dn dengan ilham anugerah Allah.. diri ini berusaha semampu mungkin memberi penulisan yang bukan utk mencari publisiti, bukn utk mengharap ramai follower, bukan mengharap ad y menulis diruangn comment...ah, jauhkan diri ini dr niat itu...
kalang-kala,apabila menulis mcm2 idea y lahir dr akal..tp adakah ikhlas dr hati???
itu y sy takuti apabila penulisan dicemari virus2 riak...astaghfirullah azim..
itu adalah salah satu sebab sy berhenti seketika utk menulis, sy x nk menulis dlm keadaan y tiada persiapan iman dan kejelasan fikrah...krn tanpa persiapan kedua2 ini, peratus utk penulisan terkesan dlm jiwa pembaca akan bekurang...

Alhamdullah x3
hari ini, dgn masa ad y sgt terhad, ingin sekali sy berkongsi pengalaman yang kira sgt memberi kesan dlm memori hidup sy...
utk pengetahuan pembaca sy adalah salah seorang perempuan yang tidak suka pada aktiviti y lasak dan y memerlukan tenaga yang banyak..tp dgn izin dan kuasa Allah..kaki ini diringan kan Allah utk bersama dlm prgrm ini..
atas nasihat seorag shbt y sy siqhah (yakin dan percaya)..dgn perbualan msj ini membuka hati nurani sy..

:) shbt syg:
Aslm, join x prgrm ress hujung minggu ni??

mawar biru:
x paxti lg la, skrg kn musim hujan...nk g jgk ke???
(nada ini sbnrnye memberi alasan utk x bersama dlm prgrm)

:) shbt syg:
ala...jom la...

mawar biru:
prgrm ni byk lasakkn???jiwa mun x sedia lg nk hadapi..
shbt syg tlong bg motivate skit kt mun..(masih mencari alasan)

:) shbt syg:
hehe, mun..kn syeikh abu bakar al-awawidah dh pesan y kita kne prgrmkn diri kita.
klu x syaitan akan prgrmkn utk kita...kita g sana bg jiwa kita kuat skit..
(sebenarnya shbt sy ini jg berat hati utk ke sana,
krn prgrmnya lbih kpd y lasak2, tp die tetp memberi semangat utk dirinya dan shbtnya..Masyaallah..)

mawar biru:
shbt syg...ble sebut ttg syeikh tu buat mun x leh nk tolak..ok jump time RESS nnt..

:) shbt syg:
alhamdulillah...hakikatnya itu adalah motivate dr Allah utk kita kn mun..



Prgram : Kursus Latihan Rekreasi Tahap 1
tarikh : 17-19 Jun 2011
tempat : Kem Agro Recreation Centre Tapah, Perak

Anjuran: HALUAN MALAYSIA
Biro Kecergasan dan Rekreasi HALUAN /HALUANSISWA Nasional

Antara prgrm2nya:
- camp craft
- night walk
- abselling
- jungle tracking
- flying fox

aktiviti2 ini sudah biasa sy buat cuma kali ini lasaknya agak luar biasa sikit,pd mulanya sy ragu2 adakah sy mampu utk hadapi prgrm ini sehingga prgrm tamat..tp ternyata sy bukan perempuan lemah dan lembik y sy sendiri fikirkan.. krn kami dilatih oleh jurulatih internasional, ketua jurulatih kami adalah
Hj Johar Ariffin b Hj Johar Ali, beliau adalah presiden persatuan Mendaki Negeri Perak merangkap Naib Presiden Persatuan Mendaki Malaysia..semua gunung dan bukit di malaysia sudah beliau naiki...ALLAHU AKBAR!!!

antara keperluan utk camping dan junggle tracking (semua barang ini dimasukkan kedlm 1 beg besar..)

salah satu jenis kheamah utk camping..

keadaan didlm khemah (peserta memerlukn keselesaan apabila waktu tidur, ini adalah bertujuan utk memberi rehat y cukup utk menjalankan aktiviti pd keesokan hari.. )


kami diajar menggunakan kompas dan peta..secara teori dan praktikal (menggunaknnya time masuk hutan dan race, mmg mencabar ketahanan fizikal dan kebijaksaan akal fikiran anugerah Allah)

meredah hutan belantara (ini gambaran pd siang hari, gambaran pd mlm hari lebih mencabar..dlm keadaan gelap gelita meredah duri2, denai, mendaki dan menuruni bukit bukau..ALLAHU AKBAR!!!, hy Allah sj y tau keadaan time kami night walk)

barang2 yang disediakan oleh urusetia utk memasak di dlm hutan..
(beras, gula, teh, sardin, kacang, telur, bawang, asam keping, cili api, dan peralatan utk memasak)
~pujian dr jurulatih : masakan kami mmg perfect mcm kt umah walaupn masak dlm hutan :)~

hasilnya slps masak (oleh kump F)

First aid adalah antara barangan terpenting, kemalangn y berlaku x terjangka bila tiba masanya..

kami diberi penerangan ttg tali dan peralatan utk mendaki, flying fox, abselling..dan cara menggunakannya dgn betul..

sijil y membuktikan kami dah melalui prgrm Rekreasi peringkat nasional fasa 1 ..
dan fasa 2 akan menyusul dgn penyertaan 20 sahabat dan 10 sahibah..
seterusnya ke fasa 3 seramai 3 org y dilatih utk menjadi jurulatih profesional y mempunyai fikrah..Insyaallah...


sekian shj penulisan sy dr mawr biru,sememangnya sy hy mampu menulis dan kalian membaca..hakikatnya prgrm ini sy telah laluinya..Alhamdulillah, mcm x pecaya je rasanya (blik umah x leh jln sakit seluruh badan, Allah Maha Kuat dan Die nk bg tau kita ni lemah sgt2 perlukan pertolongan Nya)..
program ini mengajar sy menyedari hakikat perjalanan dakwah,perjalanan Rasulullah saw, perjalanan para sahabat, ada naik turunnya..sakit peritnya..

Alhamdulillah..

Waallahu'alam...

POTENSI (Program Tuisyen Intensif)



Glosari
POTENSI - Program Tuisyen Intensif
Peserta - Peserta yang menyertai POTENSI
Fasilitator - Para 'cikgu' (baca: guru, murabbi, mas'ul etc.) yang mengendalikan POTENSI.



Mohon perhatian kepada penggerak-penggerak KeARAH, anda semua terlibat dalam projek ini.

Modus Operandi

PHASE I | Trials (Percubaan)

Timeframe: 21 Jun - 14 Julai 2011 (3 Minggu)

Participants: Semua Penggerak KeARAH

(Rujuk Appendix I)

a. Set Yourself Up (SYU)
- Pilih tempat yang sesuai (cth: rumah, pejabat JKKK, ruang legar masjid, taman etc.)
- Pilih subjek dan tingkatan yang antum mahir (cth: Bahasa Inggeris? Matematik? etc.)
- Makluman kepada dan izin daripada ibu bapa antum.
- Kaji jadual harian dan minggu, pilih satu masa (7:00 PM - 10:30 PM) yang sesuai dari hari-hari antum..
- Sekiranya anda tidak confident untuk melakukannya seorang, ajak seorang/dua shbt sejantina utk menemani dan membantu antum.

b. Pilih Mad'u
- Santuni & ta'aruf remaja di kawasan kejiranan / kariah masjid antum. Ingat! Senyum sokmo.
- Berdasarkan subjek dan tingkatan yang dipilih, cari remaja yang bersesuaian dalam lingkungan (maksimum 12 orang) dan ajak mereka menyertai POTENSI. (pamplet disediakan)
- Nyatakan waktu dan tempat kepada remaja yang bersetuju dan diizinkan oleh ibu bapa mereka. Sekiranya setelah dibincangkan dengan mereka, masa yang antum pilih tidak sesuai dengan jadual mereka, cuba adjust kepada masa yang lebih sesuai.

c. Laksana!
- Hubungi dan ingatkan peserta POTENSI tentang masa dan tempat POTENSI dijalankan sehari dan lima jam sebelum POTENSI dilaksanakan. Pastikan mereka membawa alat tulis, buku latihan, senaskhah al-Qur'an/Iqra'/Muqaddam/al-Ma'thurat dsbgnya.
- Sediakan makanan dan minuman.
- Siapkan bahan-bahan berkaitan silibus, latih tubi, tutorial. Sebaiknya ada papan putih/hijau, marker pen (whiteboard) / kapur secukupnya (dua/tiga warna lagi bagus), pen merah, kalkulator, buku teks/rujukan + buku latihan, kertas A4 dsbgnya.
- Siapkan diri anda dengan tajwid, silibus terkini.
- Latih utk bersenyum.

d. Evaluate
- Buat analisis pencapaian peserta.(Borang disediakan)

PHASE II | Evaluation I (Penilaian)
Timeframe: 15 Julai - 23 Julai
Participant: KeARAH Negeri & Pusat

a. KeARAH Negeri akan mengumpulkan data dari fasilitator POTENSI di seluruh negeri.
b. Analisis berdasarkan data yang dikumpul akan dibuat.
c. Perbentangan perlaksanaan setiap negeri.
d. SWOT analisis akan dibuat di Mesyuarat BPKR & KeARAH di KOPLIT, Kajang pada 23 Julai.
e. Modul baru yang telah diperkemaskan dikeluarkan untuk perlaksaan menyeluruh di setiap negeri.

PHASE III | Official Nationwide Execution (Perlaksanaan Rasmi di Seluruh Negara)

a.Nantikan hasil pengumuman lanjut dari KeARAH Pusat.

APPENDIX I (Kertas Kerja)________________________________________________

إِنَّ ٱلَّذِينَ ءَامَنُوا۟ وَعَمِلُوا۟ ٱلصَّلِحَتِ لَهُمْ جَنَّتُ ٱلنَّعِيمِ
” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal-amal saleh, bagi mereka syurga-syurga yang penuh kenikmatan” (Luqman: 8)

1.0 PENDAHULUAN
Realiti masyarakat pada hari ini menyaksikan bahawa keruntuhan aqidah dan akhlak dikalangan remaja telah menjadi semakin parah hari demi hari. Dengan permasalahan yang ada, remaja perlu di bimbing untuk berubah daripada tiada matlamat hidup kepada mempunyai matlamat hidup yang jelas sebagai hamba kepada Allah SWT. Tanggungjawab merubah manusia daripada menyembah sesama makhluk/sistem kepada kembali menyembah dan beriman kepada Allah SWT adalah merupakan ’taklif Rabbani’ kepada kita selaku insan terpilih yang diberi hidayah oleh Allah SWT yang memahami fikrah Da’wah dan Tarbiyah yang amat berharga ini.

Sehubungan dengan itu, projek PROGRAM TUISYEN INTENSIF (POTENSI) dicadangkan sebagai salah satu platfrom da’wah kepada remaja-remaja diperingkat sekolah menengah sejajar dengan visi dan misi Jamaah untuk merubah dan memimpin masyarakat.

2.0 LATAR BELAKANG
Di dalam Mesyuarat Agung dan Seminar HALUAN Pusat pada 21 & 22 April 2007 yang lepas di Kolej Pendeta Za’ba, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) telah diadakan bengkel da’wah dimana peserta dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk membincangkan projek-projek da’wah kepada masyarakat. Di dalam bengkel tersebut terdapat cadangan agar ditubuhkan Haluan Tuisyen Centre (HTC) bagi menyebar luaskan da’wah dan tarbiyah kepada masyarakat dimana hasilan daripada pembentangan tersebut, disyorkan agar satu kertas cadangan dikemukakan kepada HALUAN untuk pertimbangan, kelulusan dan dipanjangkan kepada setiap negeri mengikut kemampuan dan kesesuaian setempat.

Kertas Cadangan POTENSI ini diubahsuai dari Kertas Kerja asal penubuhan Haluan Tuisyen Centre (HTC) untuk kesesuaian pelajar-pelajar IPT semasa cuti semester.

3.0 OBJEKTIF
POTENSI ditubuhkan bertujuan untuk:
3.1 Menyediakan platform menyebarluaskan da’wah kepada remaja dan ibubapa.
3.2 Menyediakan bakal-bakal rijal da’wah & tarbiyah pada masa hadapan
3.3 Menyediakan calon pelajar untuk dimasukkan ke institusi pendidikan tinggi seperti KTD, IPTA, sekolah-sekolah, dll.
3.4 Melatih sahabat / sahibah pelajar IPT untuk menggerakkan da’wah secara amal jamaie.

4.0 KONSEP POTENSI

4.1 Konsep Pelaksanaan
POTENSI ditubuhkan bermatlamat untuk menjadi platform penyebaran da’wah kepada masyarakat melalui perkhidmatan tuisyen kepada remaja-remaja di sekolah menengah. Melalui perkhidmatan tuisyen, da’wah dan tarbiyah dapat dilaksanakan kepada pelajar dan juga ibubapa pelajar melalui format tuisyen yang berlainanan daripada pusat-pusat tuisyen yang ada di dalam masyarakat.

Pelajar: Pelajar akan melalui proses tarbiyah secara tidak langsung dimana setiap pelajar yang mengikuti POTENSI wajib mengikuti setiap program tanpa terkecuali. Pelajar perlu menghadiri kelas tuisyen seawal maghrib untuk solat maghrib berjamaah bersama tenaga pengajar. Kemudian perlu mengikuti halaqah quran/tadarrus quran sehingga waktu Isya’. Selepas solat Isya’ berjamaah, kelas tuisyen akan bermula sehingga jam 10/9.30 mlm mengikut kesesuaian. Sebelum bersurai, minuman ringan akan disediakan untuk dinikmati bersama di antara pelajar dan pengajar.

Ibubapa: Bagi program da’wah ibubapa pula, untuk jangkamasa 3 bulan sekali, POTENSI akan menganjurkan rehlah diantara ibubapa, pelajar dan sahabat/sahibah daerah yang berkaitan. Ini bertujuan untuk mengeratkan hubungan di antara ibubapa, pelajar dan pengajar serta dapat memberikan input-input da’wah kepada ibubapa pelajar yang berpotensi (jika masa mengizinkan).

4.2 Tenaga Pengajar
POTENSI memerlukan tenaga pengajar dikalangan pelajar IPT yang balik bercuti semester yang mampu mengajar termasuk dikalangan sahabat/sahibah Negeri yang mampu mengendalikan halaqah-halaqah quran.

4.3 Matapelajaran
POTENSI tidak menetapkan kepada mana-mana matapelajaran yang tertentu. Sahabat/Sahibah boleh memilih mana-mana matapelajaran yang dirasakan mampu dan bersesuaian untuk diajarkan dalam POTENSI.

4.4 Pelajar-pelajar Sasaran
Ciri-ciri pelajar yang disasarkan adalah:
- Mempunyai kualiti sahsiah yang baik (ini akan dapat dilakukan melalui tapisan program dimana hanya pelajar yang mempunyai sahsiah yang baik sahaja akan dapat bertahan untuk mengikuti POTENSI kerana POTENSI bermula dengan solat maghrib, halaqah quran dan solat isya’).
- Mempunyai kualiti akademik yang baik (sasaran penerusan di IPTA @ melahirkan profesional).
- Mempunyai kualiti akademik yang sederhana (sasaran sebagai calon pelajar di KTD @ melahirkan profesional). Ini bukan bermaksud merendahkan tahap kemasukkan ke KTD tetapi kebiasaannya pelajar-pelajar cemerlang di luar sana lebih memilih untuk ke IPTA. Jadi, sasaran awal untuk pelajar-pelajar sederhana adalah perlu untuk kemasukkan ke KTD.

Kumpulan sasaran:
- Pelajar Tingkatan 5 (SPM 2011)
- Pelajar sekolah menengah yang akan menduduki peperiksaan SPM 2011 adalah menjadi sasaran utama. Segmen pelajar yang menjadi perhatian adalah dari keluarga yang agak susah, masih belum ada tuisyen formal di luar, atau mana-mana yang berminat untuk tambahan. Justifikasi adalah lebih kepada ’attachment’ untuk marketing KTD setelah tamat SPM 2011 nanti.
- Kumpulan menengah rendah:-
Pelajar sekolah menengah bermula di tingkatan 1. Tuisyen kepada pelajar tingkatan 1 ditekankan supaya mereka dapat berada dalam POTENSI selama 3 tahun sebelum menduduki peperiksaan PMR.
- Kumpulan menengah atas:-
Pelajar sekolah menengah bermula di tingkatan 4. Tuisyen kepada pelajar tingkatan 4 ditekankan supaya mereka dapat berada dalam POTENSI selama 2 tahun sebelum peperiksaan SPM.

4.5 Tempat
POTENSI boleh dilaksanakan di sekolah-sekolah (IPS), surau-surau, rumah-rumah sahabat/sahibah, balai raya @ sekolah agama rakyat atau tempat-tempat yang bersesuaian.

4.6 Kekerapan Tuisyen
Kekerapan tuisyen yang dianjurkan adalah minima sekali seminggu sahaja. Ianya bergantung kepada kesesuaian setempat dan kelapangan tenaga pengajar.

4.7 Format Pelaksanaan
POTENSI menekankan kepada tuisyen yang berteraskan da’wah dan tarbiyah. Sehubungan dengan itu, setiap pusat-pusat POTENSI WAJIB mengikuti format pelaksanaan yang telah ditetapkan:-
MASA* AKTIVITI
7.00 – 7.15 mlm : Solat Maghrib berjamaah
7.15 mlm : Taddarus Quran/Kelas Iqra’/Mathurat
8.00 mlm : Solat Isya’ berjamaah
8.45 mlm : Tuisyen
10.30 mlm : Minum malam dan bersurai
* masa bergantung kepada waktu solat setempat.

5.0 YURAN
Memandangkan bahawa POTENSI ditubuhkan bertujuan sebagai platform da’wah dan tarbiyah maka, yuran tuisyen adalah dianjurkan seminima yang mungkin iaitu sebanyak RM5/pelajar/bulan sahaja atau PERCUMA (bagi keluarga susah). Yuran ini adalah bertujuan untuk urusan penyediaan minuman malam bagi para pelajar. Bagi tenaga pengajar dikalangan shbt/shbh pelajar-pelajar IPT disyorkan bahawa shbt/shbh daerah menyediakan tabung bagi bayaran saguhati bagi khidmat shbt/shbh pelajar IPT tersebut.

6.0 PENUTUP DAN HARAPAN
Didoakan semoga cadangan POTENSI akan mendapat pertimbangan dan kelulusan Amanah-Amanah berkaitan untuk dilaksanakan di setiap daerah yang mempunyai kemampuan dari segi tenaga pengajar, tempat dan komitmen.

Mudah-mudahan projek POTENSI ini akan dapat memberi impak yang positif kepada da’wah dan tarbiyah serta meletakkan HALUAN sebagai NGO yang menyumbang kepada perubahan Islam yang baik di dalam masyarakat selaras dengan halatuju visi dan misi Jamaah.

Wednesday 8 June 2011

KAHFI ZON TIMUR 2011







bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah X3 selesai sudah prgrm KAHFI ZON TIMUR 2011,Penasihat Program(En Mohammad Nasri) mengucapkan sekalung tahniah dan penghargaan buat barisan urusetia dan fasilitator, tanpa bantuan dr Allah jga usaha yang bersungguh-sunggug dr kalian, x mungkin KAHFI ZON TIMUR 2011 berjalan dgn lancar.

Alhamdullah, berkat doa dr semua, 2 minggu kebelakangn ini hujan turun dgn lebat, tp sepanjang KAHFI berlansung Allah izin awan menjadi cerah, x panas dan x hujan..seusai shj KAHFI selesai pd 2.00 ptg pd 8 jun..hujan kembali membasahi tanah tapak perkhemahan...ALLAHU AKBAR!!!..hujan rahmat..

sekalipun KAHFI ZON TIMUR 2011 punyai kekurangn dan kelemahan yang tidak disengajakan, moga Allah ampuni dosa2 kita...secara keseluruhannya bejalan dgn lancar dn sempurna mengikut apa yang dirancang sebualn sblm prgrm..

kata-kata azimat dr tim pengarah KAHFI ZON TIMUR 2011 :

"salam ukhuwah shbh2..jazakillahul khairul jaza' diucapkan buat antunna atas sumbangn tenaga, masa dan kejernihan hati semua utk prgrm KAHFI kali ini..tiada ucapan dan kata2 yang setimpal dgn keihklasan dn titik peluh antunna sblm, semasa, dan slps prgrm belangsung. smg Allah redhai kita dan usaha kita x sia-sia pd pandangan Yang Maha Esa..Ameen..longing to see all of you next prgrm..Insyaallah.."

PEMUDA!!!

disambut semua peserta KAHFI ZON TIMUR 2011 : kahfi!!!(bergema tapak perkhemahan dgn suara mereka menjadikan hati2 yang mendengarnya gerun..penuh semangat...)-

Alhamdulillah

sekian perkongsian dr mawar biru...