Monday 12 December 2011

luahannya penuh pengharapan buatmu y bergelar WANITA





Sejuta perkataan belum cukup untuk menceritakan kecantikan perempuan. Sejuta malah berjuta-juta kali ganda perkataan pun masih belum cukup untuk mendefinisikan tentang keindahan perempuan. Panjatkan kesyukuran kehadrat Tuhan kerana menjadikan saudari perempuan dan memberikan keindahan-keindahan itu. Namun, betapa pun dijaga, dipelihara, dibelai dan ditatap di hadapan cermin saban waktu, tiba masanya segalanya akan pergi jua. Wajah akan suram, mata akan kelam. Satu sahaja yang tidak akan dimamah usia, sifat keperempuanan yang dipupuk dengan iman dan ibadah. 
Terkadang bila melayari weblog-weblog rakan, menjelajah ke dalam dunia maya bagi manusia yang memayakan diri mereka, saya merasa hairan melihat sesetengah weblog muslimah, yang bertudung, yang menutup aurat, tidak segan silu pula untuk memaparkan gambar masing-masing. 

Namun, kita harus akui, bahawa di kalangan jutaan orang itu, ada yang hatinya sakit, ada yang jiwanya perit menanggung kesakitan akibat terlihat wajah-wajah kamu biarpun kamu bertudung litup. Muslimahku, Kalau kita lihat dunia gambar bukan main maju lagi. Dahulu, cuma setakat kamera yang perlu dicuci gambarnya. Kini, telefon juga menjadi kamera. Kamera pula lebih dahsyat, lebih instant, sesegera mee segera yang sama kerosakan yang dibawanya, penyakit hati. 


Alangkah malangnya, kalau wajah-wajah anda yang terpamer itu, mengundang gejolak rasa di jiwa insan bernama lelaki, yang beriman akan beristighfar dan memujuk hati, manakala yang sakit jiwanya, akan mula mengganggu anda. Mula memburu anda dengan SMS, telefon, hatta mungkin mendekati anda, dengan tujuan memiliki anda…. 


Ingat, wajah anda, anugerah Allah. 
Anugerah Allah itu hanya layak dilihat berkali-kali oleh yang layak sahaja...
Wallahu A’lam.. 
Wanita solehah, Itulah sebaik-baik hiasan... 
sian pada suami anda kerna hak nya anda dah khianati

Thursday 8 December 2011

PERKAHWINAN = pilihan keluarga vs pilihan hati !!!


Bismillahirrahmanirrahim..
Alhamdulillah, segala puji bagi Allah, Dialah Allah yang mengatur setiap saat kehidupan kita di atas muka bumi Allah ini, sejak kita di alam rahim lagi sudah Allah tentukan hidup, mati, jodoh, dan rezeki utk kita. Hari ini penulis tergerak hati utk kongsikan pengalaman seorang  hamba Allah yang melalui perjalanan kehidupannya di khitbah..yang menjadi tanda tanya di hatinya apakah dia akan memilih pasangan pilihan keluarga atau pasangan pilihan hatinya, tp jawapannya bukanlah pilihan keluarga atau pilihan hatinya,tp jiwanya lebih kepada pilihan Allah utknya, biarlah bagaimana rupanya, hartanya, kerana yang terpenting agamanya.

Gadis ini diberi nama Hanan(bukan nama sebenar), sejak kecil dia memang seorang yang pendiam, tp sangat mudah didekati oleh orang-orang disekelilingnya kerana sifatnya yang lemah lembut, juga taat kepada kedua orang tuanya..Dia tidak lah memiliki wajah yang cantik, tp kulitnya putih kemerah-merahan, tp sangat mudah menangis apabila hatinya diusik. Itulah serba ringkas tentang peribadi Hanan ini.

Seusia 16 tahun(tingkatan 4), masih diperingkat sekolah menengah, dia pernah dikhitbah oleh jirannya yang pernah tinggal berdekatan dengan rumahnya, peribadi rijal tersebut sangat sejuk mata memandang, kopiah sentiasa di kepala x kira waktu main atau belajar, ble masuk waktu solat, pasti diajak rakan2 sepermainannya untuk solat bersama di surau berdekatan,

Meningkat umurnya 17 tahun setelah tamat Hanan menduduki SPM , 2 keluarga dr negeri Terengganu datang menyatakan hasrat yang sama utk mengkhitbah dirinya menjadi sebahagian dr keluarga mereka. 2 rijal yang Allah datangkan juga sangat berperibadi mulia, sangat soleh, menjaga agama malah sanggup berkorban utk agamanya.

Umurnya terus meningkat, sehingga dia menjadi salah seorang penuntut di salah sebuah Kolej di negeri serambi Mekkah. Hanan mengambil jurusan agama ketika dia menuntut di kolej tersebut, disebabkan peribadinya di kelilingi orang-orang yang soleh dan solehah, dirinya juga terdorong utk menjadi hamba Allah yang solehah, di semester 2 tahun pertama pengajiannya dia dikhitbah seorang rijal yang tidak di kenali melalui sms, nadanya seperti serius, tetapi apabila disuruh berjumpa kedua orang tua, ...???... senyap tiada jawapan, apakah rijal tersebut takut atau belum bersedia??? Waallahua'lam...

pada tahun ke3, semester 5 pengajiannya.. Hanan diberitahu oleh dr ayahnya yang menyatakan salah seorang staf di Kolejnya ingin menjodohkan anaknya dengan Hanan.disebabkan anaknya sudah menjangkau umur 27 tahun tapi belum mempunya calon  isteri untuk dinikahinya.

Pada semester akhir, ketika final exam..Hanan mendapat panggilan di ayah, seorang rijal dr negeri di bawah bayu, serius mengkhitbahnya. rijal itu sangat soleh, seorang yang bersungguh-sungguh dalam tindakannya.

Setelah tamat pengajiannya di Kolej tersebut, Hanan pulang ke rumah utk berjumpa dengan keluarganya yang tersayang, Kini Hanan menjadi salah seorang guru di salah sebuah sekolah agama di Kuantan dan memiliki kenderaan sendiri, dia sangat bersyukur dengan kehidupannya kini.

Pada suatu hari ayahnya menyatakan hasrat utk menjodohkannya dengan salah seorang Hafiz dari negeri Kelantan, ayahnya sangat berhajat untuk membuka sekolah tahfiz di Kuantan dan  ingin sekali menantunya menguruskan sekolah tahfiz tersebut.

Kini umur Hanan hampir memasuki 22 tahun, dia dikhitbah seorang lelaki yang kini menuntut di luar negara yang mengambil master dalam bidang engineer.

Sekarang Hanan sangat buntu untuk membuat pilihan, sedangkan hatinya belum pernah dimiliki oleh mana2 lelaki di dunia ini.

Kongsikan komen anda dibawah jika anda mempunyai cadangan yang bernas untuk menbantu Hanan. (bagi Hanan jawapan Allah adlah yang terbaik sesudah istikharah )

Sekian saja perkongsian dr Mawar Biru.

Friday 2 December 2011

LAU KANA BAINANA (kalaulah Rasulullah masih bersama2 kita)

llAU KANA BAINANA

Wahai tuhanku, kami telah lalai lupa,
Namun setiap orang daripada kami tetap tamakkan,
Keampunan-Mu dan sifat pemurah-Mu dan kebebasab daripada neraka-Mu,
Dan juga kami tamakkan syurga, yang dimasuki bersama-sama penghulu seluruh syurga manusia.

Kami mohon pada-Mu...
Mohon dengan sangat, wahai tuhanku,
Dari sudut hati kami yang paling dalam..

Kalaulah Kekasih-mu, masih berada bersam-sam kami,
Akan terlunaslah segala hutang dan semakin hampirlah,
Dengan haruman Baginda, sebelum hilangnya,
Rasa meronta-ronta untuk berada hampir dengan Kekasih-Mu

Berada berhampiran Baginda, jiwa turut menjadi harum,
Dan apa jua yang kalian doakan kepada Allah, akan diperkenankan,
Cahaya nabi Muhammad tidak akan pernah sirna,
Sempatkanlah kami bertemu dengan baginda,
Wahai Tuhan yang Maha Memperkenanakan doa hamba..

Hidayahmu kepada alam merata meluas,
Tanda hampirnya kasih sayang Tuhan pemberi hidayah,
Hadith-hadithmu ibarat sungai mengalir jernih,
Berada disisimu bagaikan dahan yang tumbuh segar dan basah.

Kutebus diriku dengan dirimu, wahai Kekasihku,
Nabi Muhammad yang mulia yang asing,
Berada berhampiranmu, jiwa menjadi harum,
Wahai yang diutuskan sebagai tanda kasih sayang Tuhan kepada seluruh alam...

Wahai Kekasihku, wahai nabi Muhammad,
Wahai doktor hatiku, wahai yang dipuji dan dipuja,
Dirimu memiliki kelebihan yang diakui,
Oleh Tuhan yang turut berselawat ke atasmu