Friday 6 May 2011

Buatmu wanita...ciptaan Allah y terindah..PELIHARALAH DIRIMU..


Assalamualaikum..hari ni sy bertemankan adik sy FARAH HANNAN, y seusia ini sgt cepat menyerap segala y ad disekitarnya..jika pengaruh yang baik dapat diwujudkan oleh ibu bapa dan ahli keluarganya, Insyaallah dia akan membesar dalam mengenal Allah..jika tidak maka hasilnya sebaliknya...
FARAH HANNAN (farah berasal dr perkataan arab 'faroha'  bemaksud kegembiraan dan hannan bermaksud kelembutan)
mohon doa utk adinda sy y comel lg disayangi agar menjadi HAFIZAH (y bukan hy mampu menghafaz alquran tetapi jg hadith2 nabi..Insyaallah)


RENUNGILAH DUHAI WANITA...

Daripada Abu Musa, Rasulullah saw bersabda..
“Setiap pandangan mata yang haram adalah penzina dan sesungguhnya apabila wanita itu mengenakan haruman kemudian dia lalu menghadiri majlis, maka dia adalah penzina”

Menurut Syaikh al-Maududi, terdapat 3 pengertian tabaarruj :
(a)    Menampakkan kecantikan wajah dan bahagian tubuh yang boleh membangkitkan nafsu syahwat di hadapan lelaki yang bukan muhram.
(b)   Mempamerkan pakaian dan perhiasan yang indah di hadapan lelaki yang bukan muhramnya.
(c)    Mempamer diri dan berjalan dengan lenggang-lenggok di hadapan lelaki yang bukan muhramnya.

Sabda Rasulullah saw :”Wahai wanita yang berpakaian tetapi sebenarnya telanjang untuk mencari perhatian lelaki, yang melenggok-lenggokkan tubuhnya, yang kepalanya seperti punuk unta, mereka itu tidak akan masuk syurga”.(Riwayat Muslim)
Ini adalah hadith sohih riwayat muslim,boleh rujuk musnad bukhari, musnad ahmad, dan musnad2 yang lain utk rujukan..
Wahai saudara perempuanku yang seagama denganku, hakikat yang sukar sebenarnya mencapai syurga Allah itu, kita kaum hawa sememangnya byk yang perlu dijaga berbanding kaum adam.. saudara2ku jg diriku, bukan sahaja aurat zahir yang perlu dijaga, tapi aurat batin juga perlu penjagaan yang sempurna dan rapi, seperti akhlak, hati supaya tidak cenderong mendekati kemakasiatan..
NAFSU mengatakan wanita cantik atas dasar rupanya…
AKAL mengatakan wanita cantik atas dasar ilmunya dan kepandaiannya…
HATI menyatakan wanita cantik atas dasar akhlaknya…



Buat saudara2 perempuan yang seagama dgnku y ingin memelihara dirinya...amalkan ini..

TINDAKAN APABILA ALLAH DATANGKAN UJIAN 'LELAKI'...

(1)
Ingat dan berpegang kepada prinsip-
fikirkan masa depan yang panjang, utamakan wawasan akhirat yang berkekalan. Cintaku milik Allah

(2)
Apabila gangguan mereka membuat mereka asyik bermain di fikiran-
segeralah beristighfar dan berzikir. bacalah al-Quran kerana ia warkah cinta daripada Pencipta agar cintamu pada Allah tidak sirna

(3)
Apabila dia sering menelefon-
kalau tidak angkat, nampak sombong sangat. bagi mereka yang tidak faham islam, mereka akan rasa terhina dan sakit hati, bahaya juga untuk keselamatan diri, jadi langkah terbaik, betulkan niat kerana Allah, berikannya kesedaran tentang tidak patutnya berhubung, sehikmah mungkin. Pastikan cukup bertegas dalam hal ini agar dua takkan menghubungi lagi. Jika ad yang berhajat kenalkan dgn orang tengah, Pastikan sentiasa mencari jalan keluar untuk memendekkan perbualan yang pertama dan terakhir. Ingat Allah sesekali tidak meredhai sebarang niat yang tidak ikhlas, kebenaran yang cuba disampaikan akan terhijab dan sukar menembusi hati.
Cukuplah bumi ini sudah didiami ramai orang yang  rosak peribadinya, mati hatinya.. Bangkitlah untuk menjadi mujahidah yang dirindui ummah, yang terpancar keindahan Islam dari jiwanya, terselah pula pada peribadi.

(4) 
Apabila diajak keluar, jangan seskali keluar!!!-
tolak dengan baik dan bagi kefahaman. Kecuali ada urusan yang betul-betul penting.

(5)
Apabila dia kerap menelefon-
bertegas minta dikurangkan. Kemudian, bertegas supaya jangan telefon lagi, tak kena pada syariat. bagi kefahaman dan hujah bukan bertegas tidak bertempat. nanti disalah tafsir.

(6)
Apabila ditanya adakah diri sudah berpunya-
berkatalah dengan yakin bahawa cintaku hanyalah kepada Allah semata-mata pada usia ini dan ku pelihara rasa cinta hanyalah untuk lelaki yang dipilih Allah untukku. Aku hanya fikirkan apabila sudah bersedia.

(7)
Apabila tak disangka-sangka dia datang menemui-
cuba mengelak, Jangan duduk terlalu dekat. Buatlah sesuatu agar die terlindung daripada memandang wajahku. cukup sekadar perlu.. ringkaskan !!!

marilah kita sama tanam kan sifat behati2 dlm diri kita...sifat taqwa...



Alhamdulllah3x...
setakat ini shj perkongsian dari sy mawar biru, biar ilmu sedikit, y penting ilmu di dada wajib diamalkan...

Maaf ini bukan konspirasi utk menjatuhkan kaum adam tapi lebih kepada memelihara kesucian wanita yang Allah anugerahkan.. bagi kaum adam pasti anda mendambakan isteri dan ibu kepada anak2 anda seperti "Sauqoh wardah"- mawar berduri yang luar biasa ini...
Tugas kalian memelihara dan menjaga wanita bukan MEROSAKKAN dan MELALAIKAN wanita..

maafkan sy, sudah tiba masanya utk tidurkan HANNAN..hari ini dia kurang sihat... mohon doa dr kalian agar mawar kecilku ini membesar menjadi mawar berduri yang luar biasa...

Waallahua'lam...

2 comments:

  1. jzkk sahabatku.. really like this post.. =)
    update la lg ye.. wlaupun blog sdri trupdate.. huhuhuh..

    ReplyDelete
  2. wardah:
    afwan shbtku syg...mg kita sama2 ambik iktibar dan amalknnya..insyaallah..
    sememangnya sukar sekali utk mencapai wanita y solehh lagi diredhai oleh Allah di abad y penuh 1001 cabaran...sama2 lh kita berusaha kearah itu...insyaallah...

    ReplyDelete