Monday, 23 May 2011

Seloka HARI GURU buat guru-guru SeRIA...


Assalamualaikum...

Alhamdulillah X3 dengan sedikit kudrat y dipinjamkan Allah, mengizinkan jari-jemari anugerah Allah ni menari menyampaikan ilham Allah buat pembaca-pembaca yang setia..

ini adalah pengalaman pertama sy bergelar sebagai seorang pendidik, sepanjang persembahan drpd pelajar-pelajar Sek Ren Ibnu Abbas air mata kadang-kala membasahi pipi..sungguh terharu hati ini...
jiwa kanak-kanak yang bersih, tanpa dosa...membuatkan diri ini lahir 1001 kasih syg buat mereka yang mula mengenal erti kehidupan ini...

ALLAHU AKBAR!!!

Mereka lahir tanpa dosa, suci bersih ibarat kain putih, menjadi tanggungjawab ibu bapa serta guru-guru mencorakkan kehidupan mereka...biah disekeliling mereka diambil sebagai proses mencorakkan kehidupan, pengalaman yang dilalui sebagai iktibar utk mematangkan diri mereka sebagai persedia menghadapi alam dewasa mereka...

MASYAALLAH, sungguh cantik susunan Allah dlm mengatur kehidupan manusia...

hari ini, ingin sekali sy berkongsi seloka yang dideklomasikan oleh adik Zulfadli dan adik syahmi dr thn 5 Sek Ren Ibnu Abbas pd 20 Mei yang lalu mencipta memori indah buat warga pendidik.. 



Assalamualaikum pembuka bicara,
Buat tatapan untuk semua,
Niat kami cuma bergurau senda,
Sempena hari guru hari yang mulia.

Ibnu Abbas nama diberi,
 Mendidik kami berbudi pekerti,
Pn Hajjah Zaini nama diberi,
Itulah dia guru besar kami.

Orangnya tinggi lampai,
Bila mengajar serius sekali,
Terdengar suaranya buat kami jd sepi,
Teacher Rahmah orangnya digeruni.

Dua putra Lima putri,
Anak bongsunya sgt berisi,
Muallimah Maiha ibu mithali,
Membuat kami tak kering gusi.

Mualliamah Hamidah empunya nama,
Tidak rendah tidak juga tinggi,
Anak-anaknya memanggilnya mama,
Mengajar kami dengan sepenuh hati.

Kalau makan suka yang sedap,
Bial berjalan tersangat la cepat,
Muallim Ismail orangnya tegap,
Banyak'claim' boleh dibuat.

DAtang sekolah menaiki iswara,
Boleh dikatakan usahawan berjaya,
Berhukum hakam menjadi sebutan,
Maklum la ustaz Suffian katakan.

Orangnya aktif berkaca mata,
Bila bercakap tak henti-henti,
bila mengajar serius sekali,
Muallimah Azzah empunya diri.

Jangan disakiti, jangan diusik,  
takut nanti darahnya naik,
Muallimah Hanisah orangnya cantik,
Juga pengurus taska yang baik.

Teacher Ashjura cantik bergaya,
Tahun 1 dialah gurunya,
Sabar melayan kerenah mereka,
Bercita-cita menjadi ibu yang berjaya.

Orangnya kecil rajin sekali,
Mengajar kami subjek sains,
Muallimah Shabatun nama diberi,
bila tersenyum buat kami jatuh hati.

Bercermin mata sedikit berisi,
Suka bergurau setiap masa,
Muallim baihaqi riuh sekali,
Rotan ditangan setiap masa.

Selalu diminta memberi tazkirah, 
Berbadan tegap handsome sekali,
Rumahnya terletak di belakang sekolah, 
Siapa lagi kalau bukan Ustaz Ghani.

Datang awal pagi pulang lewat petang,
Memegang jawatan guru perpustakaan,
Dari sabah orangnya datang,
Muallimah fida itu gerangannya.

Orangnya kurus lembut sekali,
Membawa kereta 1 malaysia,
Muallimah Noriani secantik namanya,
Menjadi guru kelas tahun 5.

"ye dok, dok gitu" ungkapan sehari-hari,
dari Terengganu datang kemari,
Muallimah Sa'adah nama diberi, 
Menjaga koperasi setiap hari.

Dari pembantu menjadi guru, 
Muallimah nora gerangan orangnya,
Mengajar tahun 1 tanpa jemu, 
Senyumannya tak lekang di bibir.

Orangnya kecil berkulit putih, 
Rumahnya terletak di sungai isap,
Muallimah Ilani nama dipilih,
Telefon berbunyi terus lesap.

Datang sekolah berkereta viva,
Bewajah lembut berkaca mata,
Bila mengajar kami gembira,
Dialah Muallimah rohaiza.

Bertugas sebagai guru ganti,
Guru ganti Muallimah Suhana,
Muallimah Munirah empunya diri,
Bila mengajar semua terpana.

Berakhir sudah seloka kami,
Maaf dipinta andai terasa,
guru-guru yang kami sayangi,
Kami doakan agar sentiasa bahagia.


Setakat ini sahaja perkongsian sy dr mawar biru, 
mawar biru adalah muallimah munirah =)
doa sy buat warga pendidik, juga sahabat2 seperjungan sy..
jgn pernah mengalah dan merebah dr medan ini..
ini adalah tugas mulia..
ini juga adalah sebahagian dr sunnah Rasulullah, 
menjadi pendidik kepada ummat..
smg sumbangan kalian diredhai Allah swt..
Insyaallah..

Waallahu'alam..

No comments:

Post a Comment