Sunday, 8 May 2011

Menelusuri FIQH UN-NISA' (fiqh wanita)...mencari keberkatan dlm ibadahmu..


Assalamualikum...
Alhamdulillah3x segala puji utk Allah hari ni kite masih merasai nikmat2 yang Allah dah anugerahkan kpd kita..antaranya nikmat bernafas, melihat, bercakap, mendengar dan byk lagi x terhitung banyaknya, dan antr nikmat terbesar adalah nikmat iman dan islam...

Alahamdulillah hari ni post sy ini lebih menekanan kpd fiqh wanita...ramai wanita ya x tahu ttg hukum hakam yang digariskan Allah khusus buat kaum wanita...
Hari ini kita akan belajar sesuatu, bg yang dah mengetahui, perlu kpd peningkatan..tp yang blum tahu...perlu belajar...

Betapa pentingnya fiqh wanita ini sehingga Rasulullah khususkan fiqh un-nisa' sbg salah satu ilmu fiqh dalam islam.

Sepanjang penulisan sy merujuk buku (seperti gambar diatas) yang bertajuk FIQIH WANITA karya MUHAMMAD ATHIYAH KHUMAIS
Dalam buku ini menekankan 4 tajuk besar ttg wanita, antaranya
BERSUCI
PUASA DAN ZAKAT
SOLAT
HAJI

hari ni penulisan sy lebih menyentuh kpd BERSUCI..sy ad bolt kn isi2 penting agar mudah difahami dan mudah dibaca...


Darah haid dan cara membersihkannya



Rasulullah saw bersabda:
(1)
Dari Asma ra katanya : “Seorang wanita datang kepada Nabi saw lalu dia bertanya : Baju salah seorang dari kami kena darah haid. Bagaimana cara membersihkannya?”. Sabda baginda saw : “Mula-mula buang (kikis) darahnya, sesudah itu gosok-gosok kain itu dgn hujung jadi beserta air, kemudian siram, lalu pakailah solat”.
(HR Bukhari dan Muslim)
 (2)
Dari Abu Hurairah ra katanya : “Sesungguhnya Khawlah bin Yasar pernah bertanya : “Ya Rasulullah! Saya mempunyai kain hanya satu helai. Kain itu saya pakai selama haid. Bagaimana itu?. Jawab Rasulullah saw : “ Bila anda telah suci, bersihkanlah kain itu pada bahagian yang terkena darah kemudian pakailah utk solat”. Tanya Khawlah,, “ Ya Rasulullah! Bekas darah itu tidak dapat hilang”. Jawab Rasulullah, “Cukuplah kiranya engkau suci dgn air, bekasnya tidak member mudarat (tidak membatalkan bg Thaharahmu)”
(HR Ahmad dan Abu Daud)

*untuk memastikan kesahihan hadith boleh rujuk Musnad Bukhari, Musnad Tarmizi, Musnad Ahmad sbg rujukan..

Pengajaran dr hadith diatas ialah :
(1)    
Dari hadith-hadith tersebut jelaslah bahawa mensucikan najis dengan air adalah wajib.
(2)    
Darah adalah najis, ini disepakati oleh ijma’ ulama.
(3)    
Untuk menghilangkan najis tidak disyaratkan berapa kali jumlahnya, tetapi yang ditekankan adalah kebersihannya.




Kebersihan wanita perlu penjagaan rapi, antara sebab  ramai wanita yang menghini neraka adalah kerana mengabaikan solat dan kebersihannya..




Sentuhan lelaki terhadap wanita



Sentuhan dan berjabat tangan lelaki denagan wanita ajnabi dengan tidak ada lapik, hukumnya adalah haram. Apabila haram melihatnya, haram juga menyentuhnya. Tetapi apabila berlapik, seperti sarung tangan, kain dan sebagainya, maka ad pendapat ulama’ yang membahaskan ia dibolehkan dan ada juga pendapat yang menharamkan.

Pendapat yang menyatakan haram, ini adalah dalil(bukti) kpd hujah mereka

(1)
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah ra katanya : “Nabi saw membai’at para wanita dengan perkataan. Tidak pernah tangan Rasulullah memegang tangan para wanita, kecuali tangan wanita yang telah menjadi miliknya (ertinya wanita yang dinikahinya)

(2)
“Sanggupkah kalian semua mentaatinya?” jawab kami, “Allah dan RasulNya lebih pengasih terhadap kami daripada diri kami sendiri. Tidakkah anda hendak berjabat tangan dgn kami?”.
Jawab Rasulullah, “Saya tidak boleh menjabat tangan wanita”.

(3)
Dikuatkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan oleh Thabrani, bahawa sabda baginda :
"sesungguhnya kamu ditusuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik bagimu daripada menyentuh perempuan yang tidak halal"




Hadas kecil dan menyetuh mushaf

Ahli fiqh berbeza pendapat ttg maksud kata “Al-Mass” (menyentuh) dan kata “Al-mutathahhirin” (org2 yang disucikan).

Seperti firman Allah dalam surah al-waqiah ayat 79
“Tidak ada yang menyentuhnya kecuali org2 yang disucikan”

Yang menjadi masalah dalam hal ini ialah hukum menyentuh mushaf (kitab suci al-Quran) oleh orang yang berhadas kecil tanpa wudhu’.

Dan ad hujah2nya..siala rujuk buku yang berkaitan..



jadilah wanita yang bertaqwa..yang berhati2 dlm  setiap amalannya..


boleh juga rujuk karta YUSUF AL-QARADHAWI  dlm  kitabnya WANITA DALAM KITAB AL-QARADHAWI



dan buku2 lain yang bermanafaat utk dirujuk


Alhamdulillah, setakat ini shj penulisan sy dr mawar biru…penulisan sy ini berusur ilmiah…ld jgn berhenti setakat ini shj dlm menuntut ilmu, perlu lebih kpd pembacaan dan pemerhatian yang teliti…
KHUSUS BUATMU WANITA, kaum adam juga wajib mengetahui ilmu fiqh wanita ini..krn anda jg akan mengajarkan kpd ibu, adik perempuan, saudara perempuan, isteri dan anak perempuan…

Sesungguhnya ilmu Allah iaitu sgt luas, jgn disempitkan dgn ilmu kita yang sedikit, x perlu berhujah utk memenangkan pendapat kita…ulama’2 juga menghormati pendapat ulama’ yang lain…teruskan memperluaskan ilmu kite…

Dan AWAS terhadap HADITH MAWDU’(hadith palsu)….nnt akan sy terangkn lebih terperinci ttg hadith mawdu’…
HADITH MAWDU’ adalah tajuk thesis sy.. Insyaallah akan sy kongsikan ilmu sy yang sedikit ini…

Waallahua’lam

No comments:

Post a Comment