Saturday, 21 May 2011

MUJAHID idaman ummah, y dirindui penghuni syurga





Lelaki y dirindui syurga adalah…

Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki y dirindui syurga adalah…

Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki y dirindui syurga adalah…

Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman bidadari syurgawi…

Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman bidadari syurga…

Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman bidadari syurga…

Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman bidadari syurga…

Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…



sekian shj dr sy mawar biru...
y mendambakan lahirnya pemuda spt abu bakar as-siddiq, umar al-khattab, uthman b affan, zubair al-awwam, saidina ali, abu darda', abdullah b rawahah, abu sufyan b harith, amar b yasir, abu hurairah, bilal b rabah dn ramai lg contoh agung, mrk adalah spt y disebut dlm kalam Allah (kuntum khaira ummah), sebaik2 umat...

Waallahu'alam..

2 comments:

  1. from: mawar putih
    to: mawar biru
    msg: teruskan berkarya.. sayang kamu fillah.. doaku sentiasa mengiringi perjuangan sahibah2ku..

    ReplyDelete
  2. wardah :
    jazakillahul khair shbtku syg...

    ReplyDelete