Saturday, 21 May 2011

MUJAHID idaman ummah, y dirindui penghuni syurga





Lelaki y dirindui syurga adalah…

Seorang lelaki yang beriman…
Yang hatinya disaluti rasa takqwa kepada Allah…
Yang jiwanya penuh penghayatan terhadap Islam…
Yang sentiasa haus dengan ilmu…
Yang sentiasa dahaga akan pahala…
Yang solatnya adalah maruah dirinya…
Yang tidak pernah takut untuk berkata benar…
Yang tidak pernah gentar untuk melawan nafsu…
Yang sentiasa bersama kumpulan orang-orang yang berjuang di jalan Allah…

Lelaki y dirindui syurga adalah…

Lelaki yang menjaga tuturkatanya…
Yang tidak bermegah dengan ilmu yang dimilikinya…
Yang tidak bermegah dengan harta dunia yang dicarinya…
Yang sentiasa berbuat kebajikan kerana sifatnya yang penyayang…
Yang mempunyai ramai kawan dan tidak mempunyai musuh yang bersifat jembalang…

Lelaki y dirindui syurga adalah…

Lelaki yang menghormati ibunya…
Yang sentiasa berbakti kepada kedua orang tua dan keluarga…
Yang akan mendidik isteri dan anak-anak mendalami Islam…
Yang mengamalkan hidup penuh kesederhanaan…
Kerana dunia baginya adalah rumah sementara menuju akhirat…

Lelaki idaman bidadari syurgawi…

Sentiasa bersedia untuk menjadi imam…
Yang hidup dibawah naungan Al-Quran dan mencontohi sifat Rasulullah…
Yang boleh diajak berbincang dan berbicara…
Yang menjaga matanya dari berbelanja…
Yang sujud penuh kesyukuran dengan rahmat Allah keatasnya…

Lelaki idaman bidadari syurga…

Tidak pernah membazirkan masa…
Matanya kepenatan kerana penat membaca…
Suaranya lesu kerana penat mengaji dan berzikir…
Tidurnya lena dengan cahaya keimanan…
Bangunnya subuh penuh kecergasan…
Kerana sehari lagi usianya bertambah penuh kematangan…

Lelaki idaman bidadari syurga…

Sentiasa mengingati mati…
Yang baginya hidup di dunia adalah ladang akhirat…
Yang mana buah kehidupan itu perlu dibaja dan dijaga…
Agar berputik tunas yang bakal menjadi baka yang baik…
Meneruskan perjuangan Islam sebelum hari kemudian…

Lelaki idaman bidadari syurga…

Lelaki yang tidak terpesona dengan buaian dunia…
Kerana dia mengimpikan syurga…
Di situlah rumah idamannya…



sekian shj dr sy mawar biru...
y mendambakan lahirnya pemuda spt abu bakar as-siddiq, umar al-khattab, uthman b affan, zubair al-awwam, saidina ali, abu darda', abdullah b rawahah, abu sufyan b harith, amar b yasir, abu hurairah, bilal b rabah dn ramai lg contoh agung, mrk adalah spt y disebut dlm kalam Allah (kuntum khaira ummah), sebaik2 umat...

Waallahu'alam..

Thursday, 19 May 2011

Selamat hari MURABBI...pendidik ummah



murabbi, mengenalkan manusia dgn Allah...

terima kasih buat murabbi2 ku..umi, ayah, cg, ust, ustzh...

puisi buatmu guru


ketika kami sakit,

guru menjadi doktor

ketika kami nakal,

guru menjadi polis

ketika kami bayar yuran,

guru menjadi akauntan

ketika kami keliru,

guru menjadi penunjuk arah

Teruskan perjuangan yang mulia

ikhlaskanlah hati

selamat hari guru

untuk semua warga pendidik

ilmu Allah dlm UJIAN SAKIT...sesungguhnye sakit itu penghapus dosa

Bismillahirrahmanirrahim...

Asaalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh
(selamat sejahtera ke atas kamu dgn rahmat dan barakah Nya)

Alhamdulillah X3 dgn kesempatan yang ada, sedikit ruang masa yang Allah berikan, cuba sy manfaatkan...sy risau sbnrnye apabila sy disibukkan dgn urusan dunia, kdg-kala membuatkan sy jd letih dan penat...

Pernah sy terfikir, sy keluar bkeje, sblm pkul 8.00 sy da punch card...kemudian blik 5.30 slps punch card...
blik umah da penat, masak2, kemas2 skit, n tidur selalu awal (selalunye mmg tido awal, coz letih)...
esok pn sy lalui seperti semalam dan hari seterusnya..menjadi rutin..
klu lah satu hari sy lupa nk niatkan krn Allah, pasti kepenatan sy tu sia2...
sy terfikir, ble masa y sy pruntukn utk bersama Allah (beribadah) dlm 1 hari, 5 waktu solat (satu waktu setengah jam = 5 waktu 2 jam setengah)...24 jam sehari, 2 jam saja sy boleh beri utk Allah...ruginye rs (22 jam utk dunia...2 jam utk akhirat)

sy xnk hidup sy seperti robot...bangun pg, mkn, pegi keje, mkn, blik umah n tido..esok pn begitu dn seterusnya.. 

jom berusaha niatkan setiap amal KERANA ALLAH...
MUDAHNYA SY BERCAKAP...NK BUAT TU..eemm, HANYA ALLAH JE Y TAU BETAPA SUSAHNYA NAK BUAT...perlu MUJAHADAH..



sy berhajat utk berkongsi sesuatu yang sy sendiri alami dlm kehidupan sy...

sy ni jenis yang apabila tejadi sesuatu sy akan mula berfikir dan berfikir, knp Allah tentukan sy mcm ni..mcm tu..
dan sy selalu buat conclution sendiri,...
sesungguhnya tuada yang lebih berkuasa MELAINKAN KUASA ALLAH..

ape y sy alami dlm beberapa hari y terdekat ini, dan sehingga hari ini..
Allah tarIk sekejap nikmat sihat sy...
sy cuma SAKIT TELNGA je...bukn sakit jantung, sakit2 yang berbahaya...

tp dlm tempoh tu Allah mendidik sy sesuatu...ALLAHU AKBAR !!! ALLAHU AKBAR !!!

nk dijadikan cerita, semuanye bermula, apabila sy mula rs sakit dlm telinga.. pada mulanya sy ni x ambik kisah pn...lama-kelamaan mula terasa sgt2 sakit..sampai 1 mlm tu mmg sy xleh nk tidur...

ALLAHU AKBAR !!!

mlm sy xleh nk tido tu..mcm2 la terlintas dlm fikiran sy, "esok nk ajak umi jumpa doktor la"...pas2 sy fikir plak, doktor ke y sembuh kan sy...doktor sbg asbb shj utk Allah memberi kesembuhan..
cepat2 sy istighfar, time sakit tu...bru la sy rs...ya Allah, time Allah bg sihat aku lupa utk bersyukur...

sepanjang sy sAkit tu...sy xleh nk mengunyah,(rahang mulut jd bengkak), urat leher jd tegang dan bengkak, tangan kanan jd lemah seperti x bfungsi (sbb urat telinga ad rangkaian dg urat leher, mulut dan tangan)

ALLAHU AKBAR!!!

sy ni bukan la bljr dlm bidang sains, time sekolah menengah pn sy ambik aliran sastera...jd mmg x tahu menahu pn ttg sains ni...
tp apabila Allah dtgkn ujian ini, sedikit sebanyak Allah ajarkn sy ttg urat saraf ciptaaNya...bru sy sedari setiap urat dlm tubuh sy semuanya taat perintah Allah...kuasa Allah tu meliputi segala sesuatu dlm muka bumi Allah ini..
tu la x mustahil klu kita dgr, saintis2 y Allah dtg hidayah slps mrk membuat kajian terhadap sains..



kne slalu mntk Allah berikan kesihatan , time sihat la kne byk doa..bukan time sakit bru nk mengadu kt Allah..


setakat ini shj dr sy mawar biru...tulisan ini lebih kpd memotivasi diri penulis sendiri y kadang-kala terlupa, mohon mf jika ad kesilapan dlm penulisan sy...

apa2 kritikan dan nasihat sy alu-alukan...bleh comment di ruang comment yang disediakan, atau tinggalkan pesan utk penulis di ruangan chatting ukhuwah...

sekian sj dr mawar biru..

waallahu'alam...

Thursday, 12 May 2011

KEAJAIBAN CIPTAAN ALLAH..molekul air y taat perintah Allah



Assalamualaikum...

bacalah..dan akuilah kebesaran Allah





Kajian saintifik di Jepun : Dr. Masaru Emoto dari Universiti Yokohama dengan tekun melakukan penyelidikan tentang perubahan molekul air. Air murni dari mata air di Pulau Honshu didoakan secara agama Shinto, lalu didinginkan sehingga -5 °C di makmal, kemudian diambil gambar dengan mikroskop elektron dengan kamera halaju tinggi. Ternyata molekul air tersebut membentuk kristal segi enam yang indah.


Percubaan diulang dengan membacakan kata, “Arigato (terima kasih dalam bahasa Jepun)” di depan botol air tadi. Kristal yang terbentuk sangat indah. Lalu dicuba dengan menghadapkan tulisan huruf Jepun, “Arigato”. Kristal membentuk dengan keindahan yang sama. Selanjutnya ditunjukkan kata “setan”, kristal berbentuk buruk. Diputarkan muzik Symphony Mozart, kristal muncul berbentuk bunga. Ketika musik heavy metal diperdengarkan, kristal hancur. Ketika 500 orang memusatkan pesanan “peace” di depan sebotol air, kristal air tadi mengembang bercabang-cabang dengan indahnya. Dan ketika dicuba dibacakan doa Islam, kristal bersegi enam dengan lima cabang daun muncul berkilauan. 

Subhanallah!
 



Semasa di suatu seminar yang rata–ratanya dihadiri oleh bukan Islam, Prof. Masaru Emoto menunjukkan beberapa molekul air yang buruk rupanya. Kemudian yang terakhir beliau menunjukkan molekul-molekul air yang begitu indah, berbentuk kristal yang bercabang-cabang dan berkilauan. Beliau kemudiannya bertanya kepada hadirin tentang molekul air tersebut. Hadirin senyap. Dengan yakinnya seorang peserta seminar dari Malaysia bangun dan berkata Itu molekul air zam-zam, air yang paling mulia”. Prof. Emoto menggangguk “Saya tidak pasti sama ada itu adalah air yang paling mulia atau tidak tetapi memang benar itu adalah molekul air zam-zam”. Dr. Emoto akhirnya mengelilingi dunia melakukan percubaan dengan air di Swiss, Berlin, Perancis, Palestin, dan ia kemudian diundang ke Markas Besar PBB di New York untuk membentangkan hasil penemuannya pada bulan Mac 2005 lalu. Ternyata air boleh ”mendengar” kata-kata, “membaca” tulisan, dan boleh “mengerti” pesanan.




Persidangan Air Sedunia baru-baru ini di salah sebuah Universiti di Malaysia membuktikan segala fakta tentang air. Sewaktu persidangan itu, air dari merata dunia diambil dan diperiksa akan “kehebatannya“. Kamera berfrekuensi tinggi berjarak jauh digunakan untuk melihat akan gambaran yang terjadi kepada air yang sedang di uji itu. Maka air dari Sungai Ganges dan juga termasuk Air Zam-Zam diuji dan dikenal pasti. Sesuatu yang nyata adalah Air Zam-Zam sahajalah air yang begitu kukuh dalam merakam segala perubahan pada kadar gelombang alam semesta ini dan strukturnya begitu kukuh (segi tiga). Keunikan Air Zam-Zam ini juga adalah strukturnya tidak berubah, ia tidak akan terjejas di dalam apa sekali pun tekanan yang sedang diberikan padanya. Ia tetap utuh sehinggakan seorang Professor dari Jepun memeluk agama Islam kerana keunikan Air Zam-Zam yang beliau ketahui hanya ada di Kaabah. Lagi satu kehebatan air Zam-Zam ini adalah ia sahaja didapati boleh merakam dengan tepat gelombang warna alam yang sering bertukar pada waktu-waktu yang tertentu.



Molekul Air zam-zam

Rahsia kehebatan air begitu terserlah apabila rahsia di Kaabah disingkap. Di bawah 4 penjuru (4 segi) bentuk Kaabah ada terkandung rahsia air yang bersifat Alkali. Itulah dia Air Zam-Zam, air yang merakam segala niat jemaah-jemaah yang datang secara gema gelombang, penyerahan yang harus di tekad niatkan dan sebaliknya bukan niat yang negatif umpama menunjuk-nunjuk, angkuh-sombong, riak-takbur dan sebagainya. Betapa ramai yang telah kita dengar akan jemaah yang tersesat dari dapat keluar dari pintu Masjidil Haram, juga yang tersesat balik ke Hotel, juga hilang entah ke mana, hanya menyimpan niat yang negatif, maka terakamlah segala niat kita maka dimakbulkan akan permintaan tadi sebagai suatu ujian getir dan diterbalikkan segala niat kita agar menjadi suatu peringatan supaya insaf dan sedar!

Hanya mereka yang benar-benar ingin mengambil tahu akan rahsia kehebatan air ini yang akan mendapat ganjaran kehebatan dan keunikan air ini. Di Kaabah, apabila niat kita benar-benar ikhlas, memohonkan ampun dan taubat, maka dengan sendirinya, kekuatan air iaitu Air Zam-Zam merakam niat jemaah tadi. Setelah ia melakukan tawaf  7 kali pusingan ke kanan, maka di situlah berlaku resonan (pusingan dengan geseran sesama manusia) maka penyerapan dosa-dosa itu terjadi, Insyaallah iaitu rahsia Kaabah yang memegang rahsia hitam serta Hajar Aswad yang juga hitam. Jemaah itu akan terasa begitu hening, tenang serta lapang jesteru akan terasa sebak lalu menangis teresak-esak kerana dapat merasakan kebesaran Allah SWT semata-mata.

Sebenarnya rahsia Kaabah dan Hajar Aswad ini adalah rahsia pada kejadian manusia di dalam perut. Majalah Medical Journal keluaran tahun 2000 ada menyatakan bahawa saintis mendapati apabila air mani dari lelaki memasuki ruang rahim wanita, berjuta-juta sperma berenang arah kanan ke kiri sebanyak 7 kali pusingan sebelum hanya satu sperma yang berjaya bercantum dengan telur maka persenyawaan pun terjadi maka samalah dengan rahsia pusingan jemaah di Kaabah iaitu apabila penyerahan adalah bersungguh-sungguh, penyerapan dosa akan terjadi, ciuman Hajar Aswad seakan-akan kita baru sahaja dijadikan iaitu bersih dari segala dosa! Maha Suci Allah yang Maha Pencipta, Maha Pengasih, Maha Penyayang pada hamba-hambanya. Apa yang disangkakan alam yang besar di dunia ini rupa-rupanya hanyalah kecil sahaja kerana “alam pada diri manusia” itu jauh lebih besar dan memegang segala rahsia luaran dan dalaman.
Maka benarlah kata-kata Rasullullah SAW marhumnya :

 “Kenalilah diri kamu rata-rata, barulah kamu kenal Tuhan yang nyata“.

Air adalah sumber penyucian. Ia berupaya merakam gema serta niat, umpama kita mengambil wuduk membaca niat, mandi wajib berniat dan sebagainya. Setiap tempat yang sudah pun Bertekanan Rendah, akan berlaku pelbagai istilah “musibah” yang “berbunyi” umpama taufan, ombak, gempa bumi dan pelbagai lagi untuk menyerap/seimbangkan semula gema/getaran kepada tahap tenaga asal tempat-tempat itu. Tidak lain tidak bukan Allah Maha Pengasih Maha Penyayang menghantar suatu “Isyarat” agar jangan kita “terbuai dan terhanyut jauh” oleh nafsu nafsi dan kembali ke pangkal jalanNya!

Apabila kita renungkan berpuluh-puluh ayat Al-Quran tentang air, kita akan tersentak bahawa Allah rupanya selalu menarik perhatian kita kepada air. Bahawa air tidak sekadar benda mati. Air menyimpan kekuatan, daya ingatan, daya penyembuh, dan sifat-sifat aneh lagi yang menunggu disingkap manusia. Islam adalah agama yang paling melekat dengan air. Solat fardhu wajib air wuduk 5 kali sehari, ketika solat sunat, malah untuk memegang Al-Quran. Persetubuhan, suami isteri wajib mandi wajib. Wanita yang datang haid selepas itu pun wajib mandi. Setelah matipun jenazah wajib dimandikan. Oleh itu kita mestilah menghormati air. Jaga kebersihan dan jaga adab–adab serta jangan membazir. Seorang ilmuwan Jepun telah merintis. Ilmuwan muslim harus melanjutkan kajian kehidupan ini berdasarkan Al-Quran dan hadis.



Molekul-molekul yang terbentuk
Apa pandangan anda? Marilah kita berfikir sejenak tentang kebesaran ALLAH ini….

Alhamdulillah..setakat ini sahaja perkongsian sy dr mawar biru...
Ambil lah manfaat...
Akuilah kekuasaan dan kebesaran Allah...


Monday, 9 May 2011

Kerana wahyu mrk BERHIJRAH KE HABSYAH..mari kita selami sirah RASULULLAH saw





Bismilahirrahmanirrahim...

Alhamdulillah3x, suka rsnya sy mengajak agar kita bersyukur sejenak...hari ini kita merasai nikmat iman dan islam, tp ad segelintir dr kita xtidak bersyukur dgn nikmat ini...ramai juga dikalangan kita lahir dlm keluarga islam, yang diberi nama islam...tp sejauh mana penghayatan kita dalam menjalani kehidupan sebagai umat islam...

mari kita renung sejenak...kembali mengimbau sejarah agung Rasulullah saw dan para sahabat yang bertungkus-lumus, bertarung nyawa, dan berkorban jiwa,raga dan harta utk memasti kesinanbungan islam itu sampai kpd kita, yang sama2 kita rasai hari ini...

saat menulis post ini hati sy tersentuh dgn kalimat PENGORBANAN...perasaan ini diulit rs rindu kpd Rasulullah, Rasul Dakwah, Rasul Tarbiyah...



ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!! ALLAHU AKBAR!!!

rasa malu menyelubungi hati ini...

kita mengakui MENCINTAI  ALLAH, tetapi kita MELANGGARI perintahNYA..
kita mengakui MENCINTAI  ALLAH masih MELAKUKAN apa yang DILARANGNYA...


kita mengakui MENCINTAI RASULULLAH, tetapi tidak MENGAMALKAN SUNNAH BAGINDA, kita mengakui MENCINTAI RASULULLAH, tetapi enggan mengambil tahu ttg SIRAH BAGINDA...


Astaghfirullahal azimX3...saat menulis perumpaan ini, kekecewaan, penyesalan menghantui diri ini, itu lah hakikat kita sbg manusia sering lupa tujuan asal kita...ilham yang tercetus diminda secara tiba2 menjadi pengajaran buat diri ini...


DUNIA TERLALU MENCABAR...
NAFS MENGUASAI DIRI...


itu hanya alasan bg org2 yang tidak mahu berubah utk mendekatkan dirinya kpd Allah...ketegasan ini sy cuba tanamkan dlm diri ini, yang kadang kala besifat manja...


post ini terilham dari sesi PENGAJARAN dan PEMBELAJARAN  sy di Sekolah Rendah Ibnu Abbas... dlm subjek SIRAH TAHUN 3 UTHMAN, menjadi inspirasi utk sy kongsikan dgn anda y sudi menziarahi blog usang ini..








ini antara suasana majlis ilmu..subjek SIRAH TAHUN 3 UTHMAN, jam 11.50pg hingga 12.50..


jam menunjukkan 11.45 pg, bersedia ke klaz dgn bahan yang dah dphotostat...mulakan langkah dgn bismillah ke klaz 3 uthman..

Anas(ketua kelas)      :

Assalamualaikum warahmatullahiwabarakatuh muallimah..Ista'id (sbg tanda isyarat menbacakan doa sebelum memulakan majlis ilmu)

Muallimah Munirah    :

waalaikumus salam warhmatullah...Ijlis ( dlm bahasa melayunye DUDUKLAH)
(dgn tgn ligat mengagihkan bahan pembelajaran)..Alhamdulllah hari ini kita nk belajar serba sedikit ttg sirah berhijrah ke Habsyah, ok, sblm tu  mualliamh nk ty ad sape2 yang penah mendengar sirah ini...
(sebahagiannya menggelengkan kepala dan sebahagian lagi mengangguk-angguk) usamah tlong bacakan perenggan pertama..yang lain tlong ikut usamah baca, dgr elok2...

Usamah                    : 

HIRAH KE HABSYAH
Disebabkan umat islam mendapat tentangn hebat dari kaum quraisy Mekah, umat islam dipulaukan, golongan hamba diseksa dgn dahsyatnya sehingga memberi tekanan hebat kpd umat islam, sehinggalah turun wahyu Allah memerintahkan agar umat islam berhijrah ke Habsyah..

Muallimah munirah    :

iqra' ya Hassan (bacalah wahai Hassan) sambung perenggan seterusnya..

Hassan                     :

bermula lah hijrah umat islam ke Habsyah, rombongan pertama disertai oleh 10 org umat islam dan rombongan ke 2 disetai  seramai 23 org...................

Muallimah munirah   : ok, nk dgr x muallimah cerita...semua tgk peta ni..


Eritria dan Ethiopia(a.k.a Abbesinia) letaknya di Benua Afrika. Dahulu..kedua-duanya adalah satu dan dikenal sebagai Habsyah. Hubungan antara Ethiopia dan tanah Arab terjalin sejak zaman Nabi Sulaiman. Ketika itu, Ratu Balqis (Pemerintah kerajaan Saba') memerintah Ethiopia. Ketika zaman Muhammad sallallahu 'alaihi wasalam, hubungan keduanya bertambah rapat apabila bermulanya detik hijrah para sahabat ke Habsyah secara sirr (rahsia) melalui jalan laut dan mendarat di bumi Eritria.

Seterusnya..mari kita kenali pula raja yg memerintah Habsyah ketika itu, Najasyi yg bermaksud "raja". Najasyi seorang raja punya nilai diri yang sangat positif sebagai seorang pemerintah. Seorang yang amat toleransi, "open minded" dan penuh saksama dalam tiap tindakannya. Rasulullah maklum tentang Najasyi menerusi ahli-ahli bisnes Habsyah di tanah Arab.

Dek kerana ancaman hebat dari musyrikin Mekah ke atas umat Islam, Rasulullah yg lembut hati, tidak sanggup menyaksikan penyeksaan ke atas umat yang dicintainya dan bersandarkan perintah Allah s.w.t, baginda memutuskan agar berhijrah ke Habsyah. Atas dasar memelihara iman dan keselamatan diri juga bertujuan mencari lingkungan baru untuk Islam bertapak, terjadilah episod hijrah ke Habsyah.

Alhamdulillah...ketika musyrikin Mekah bermaharajalela menindas umat Islam di Mekah, masih ada insan yang baik hatinya. Insan yang menyambut baik umat Islam yang berhijrah malah menganggap mereka sebagai tetamu istimewa. Itulah Najasyi.(^_^)Subhanallah..itulah rahmat Allah yang tak putus buat hambaNYA yang sabar. Di celah-celah kezaliman..masih ada hasanahnya.

Rahsia terbongkar akhirnya. Khabar yang bergerak pantas menyebabkan pihak Quraisy mengetahui hijrah ini. Lalu..dikirimlah 2 utusan ('Abdullah b. Abi Rabiah & Amru b. Al'Ash sebelum bergelar muslim)ke hadapan maharaja Habsyah, Najasyi. Dibawanya bersama hadiah2 yang mahal untuk menawan hati si pemerintah Habsyah. Inilah 'rasuah' yang secara halus dapat membutakan mata hati manusia kepada kebenaran. 

Benarlah apa yang dikata Rasulullah s.a.w tentang Habsyah.."Habsyah adalah BUMI KEBENARAN". Ternyata, pihak Quraisy salah percaturan bila mana Najasyi tidak secara membuta tuli menerima pemberian itu. Mana mungkin seorang pemerintah yang adil berbuat demikian sebelum mengetahui kondisi sebenar. Atas nama keadilan, Najasyi memberi ruang buat kaum muslimin menjelaskan duduk perkara yang sebenar.

Bangkitlah seorang insan yang punya ciri seperti Rasulullah..baik dari segi penampilan dan adab lakunya. Namanya..Ja'far bin Abi Talib..dialah sepupu Rasulullah s.a.w juga kakanda kpd Saidina Ali karamallahuwajhah. Beliau mulakan bicara...

"Ke hadapan maharaja, dahulu..ketika zaman jahiliyyah, kami menyembah berhala, memakan bangkai, melakukan kejahatan, berperang, berkelahi, yg kuat menganiaya yang lemah sehinggalah Allah s.w.t mengutuskan seorang Rasul dari kalangan kami sendiri. Beliau memang sinonim dengan kejujuran, amanah, suci pekerti dan utusan Allah itu menyeru kami agar BERCAKAP BENAR, BERSIFAT DENGAN SIFAT TERPUJI, JUJUR, IKHLAS dan BERAMANAH, menyeru kami MENYEMBAH TUHAN YG ESA dan MENINGGALKAN PENYEMBAHAN BERHALA, BERBAIK DENGAN JIRAN TETANGGA, MENINGGALKAN KEJAHATAN & PEPERANGAN YG BERLARUTAN serta SEGALA SESUATU YG TERKEJI. Seruannya tadi kami terima dengan baik. Segala yang dibawanya kami percaya sepenuhnya tetapi kaum kami termasuk 2 utusan ini menyeksa dan menekan kami agar kembali kepada agama yg lama iaitu menyembah berhala. Setelah kami berasa sesak dan benar2 dalam penyeksaan yg di luar tanggungan kami, maka kami keluar dan ke negara tuanlah yang kami pilih. Semoga dapat kami berlindung di sini jauh dari penyeksaan & kezaliman".

Najasyi jadi tertarik untuk mengetahui dengan lanjut tentang agama yg "baru" ini lalu meminta Ja'far menyampaikan apa yang dibawa oleh utusan agung, Muhammad s.a.w.

Maka..kedengaranlah ayat-ayat awal dari surah Maryam yang berkisar tentang kelahiran 'Isa Putera Maryam dan status 'Isa dalam Islam..ajaran yang di bawa Nabi Musa daripada kitab Taurat...ajaran Nabi Musa adalah ajaran yang diwahyukan Allah kaumnya...Dan kedatangn Rasulullah menyempurnakan ajaran islam

sirah tersebut menarik perhatian putra putri Ibnu Abbas harapan ummah..sehingga mendorong mrk mengajukan bbrp soalan...disitu timbullah perbincangn dlm suasana barakhah yang di naungi para malaikat... Allahu akbar....

masa yang tersisa, diisi dgn latihan ttg tajuk y dpelajari hari ini...

Melangkah keluar dr 3 uthman dgn rs sayu dan syahdu...membayang kn perjalann hidup Rasulullah dan para sahabat...



Alhamdulillah setakat ini shj..
Sy Mawar Biru mendikasikan coretan khas ini buat anak2 murid sy y sgt disygi, dgn harapan mereka membesar mengenal Allah, mengenal Rasulullah...membangun mencorak masa depan ummah..insyaallah...Amin...

Alhamdulillah, sekian sj dr sy..

Waalahu'alam..









Sunday, 8 May 2011

Menelusuri FIQH UN-NISA' (fiqh wanita)...mencari keberkatan dlm ibadahmu..


Assalamualikum...
Alhamdulillah3x segala puji utk Allah hari ni kite masih merasai nikmat2 yang Allah dah anugerahkan kpd kita..antaranya nikmat bernafas, melihat, bercakap, mendengar dan byk lagi x terhitung banyaknya, dan antr nikmat terbesar adalah nikmat iman dan islam...

Alahamdulillah hari ni post sy ini lebih menekanan kpd fiqh wanita...ramai wanita ya x tahu ttg hukum hakam yang digariskan Allah khusus buat kaum wanita...
Hari ini kita akan belajar sesuatu, bg yang dah mengetahui, perlu kpd peningkatan..tp yang blum tahu...perlu belajar...

Betapa pentingnya fiqh wanita ini sehingga Rasulullah khususkan fiqh un-nisa' sbg salah satu ilmu fiqh dalam islam.

Sepanjang penulisan sy merujuk buku (seperti gambar diatas) yang bertajuk FIQIH WANITA karya MUHAMMAD ATHIYAH KHUMAIS
Dalam buku ini menekankan 4 tajuk besar ttg wanita, antaranya
BERSUCI
PUASA DAN ZAKAT
SOLAT
HAJI

hari ni penulisan sy lebih menyentuh kpd BERSUCI..sy ad bolt kn isi2 penting agar mudah difahami dan mudah dibaca...


Darah haid dan cara membersihkannya



Rasulullah saw bersabda:
(1)
Dari Asma ra katanya : “Seorang wanita datang kepada Nabi saw lalu dia bertanya : Baju salah seorang dari kami kena darah haid. Bagaimana cara membersihkannya?”. Sabda baginda saw : “Mula-mula buang (kikis) darahnya, sesudah itu gosok-gosok kain itu dgn hujung jadi beserta air, kemudian siram, lalu pakailah solat”.
(HR Bukhari dan Muslim)
 (2)
Dari Abu Hurairah ra katanya : “Sesungguhnya Khawlah bin Yasar pernah bertanya : “Ya Rasulullah! Saya mempunyai kain hanya satu helai. Kain itu saya pakai selama haid. Bagaimana itu?. Jawab Rasulullah saw : “ Bila anda telah suci, bersihkanlah kain itu pada bahagian yang terkena darah kemudian pakailah utk solat”. Tanya Khawlah,, “ Ya Rasulullah! Bekas darah itu tidak dapat hilang”. Jawab Rasulullah, “Cukuplah kiranya engkau suci dgn air, bekasnya tidak member mudarat (tidak membatalkan bg Thaharahmu)”
(HR Ahmad dan Abu Daud)

*untuk memastikan kesahihan hadith boleh rujuk Musnad Bukhari, Musnad Tarmizi, Musnad Ahmad sbg rujukan..

Pengajaran dr hadith diatas ialah :
(1)    
Dari hadith-hadith tersebut jelaslah bahawa mensucikan najis dengan air adalah wajib.
(2)    
Darah adalah najis, ini disepakati oleh ijma’ ulama.
(3)    
Untuk menghilangkan najis tidak disyaratkan berapa kali jumlahnya, tetapi yang ditekankan adalah kebersihannya.




Kebersihan wanita perlu penjagaan rapi, antara sebab  ramai wanita yang menghini neraka adalah kerana mengabaikan solat dan kebersihannya..




Sentuhan lelaki terhadap wanita



Sentuhan dan berjabat tangan lelaki denagan wanita ajnabi dengan tidak ada lapik, hukumnya adalah haram. Apabila haram melihatnya, haram juga menyentuhnya. Tetapi apabila berlapik, seperti sarung tangan, kain dan sebagainya, maka ad pendapat ulama’ yang membahaskan ia dibolehkan dan ada juga pendapat yang menharamkan.

Pendapat yang menyatakan haram, ini adalah dalil(bukti) kpd hujah mereka

(1)
Diriwayatkan oleh Bukhari dari Aisyah ra katanya : “Nabi saw membai’at para wanita dengan perkataan. Tidak pernah tangan Rasulullah memegang tangan para wanita, kecuali tangan wanita yang telah menjadi miliknya (ertinya wanita yang dinikahinya)

(2)
“Sanggupkah kalian semua mentaatinya?” jawab kami, “Allah dan RasulNya lebih pengasih terhadap kami daripada diri kami sendiri. Tidakkah anda hendak berjabat tangan dgn kami?”.
Jawab Rasulullah, “Saya tidak boleh menjabat tangan wanita”.

(3)
Dikuatkan lagi dengan hadith yang diriwayatkan oleh Thabrani, bahawa sabda baginda :
"sesungguhnya kamu ditusuk dengan jarum besi, maka itu lebih baik bagimu daripada menyentuh perempuan yang tidak halal"




Hadas kecil dan menyetuh mushaf

Ahli fiqh berbeza pendapat ttg maksud kata “Al-Mass” (menyentuh) dan kata “Al-mutathahhirin” (org2 yang disucikan).

Seperti firman Allah dalam surah al-waqiah ayat 79
“Tidak ada yang menyentuhnya kecuali org2 yang disucikan”

Yang menjadi masalah dalam hal ini ialah hukum menyentuh mushaf (kitab suci al-Quran) oleh orang yang berhadas kecil tanpa wudhu’.

Dan ad hujah2nya..siala rujuk buku yang berkaitan..



jadilah wanita yang bertaqwa..yang berhati2 dlm  setiap amalannya..


boleh juga rujuk karta YUSUF AL-QARADHAWI  dlm  kitabnya WANITA DALAM KITAB AL-QARADHAWI



dan buku2 lain yang bermanafaat utk dirujuk


Alhamdulillah, setakat ini shj penulisan sy dr mawar biru…penulisan sy ini berusur ilmiah…ld jgn berhenti setakat ini shj dlm menuntut ilmu, perlu lebih kpd pembacaan dan pemerhatian yang teliti…
KHUSUS BUATMU WANITA, kaum adam juga wajib mengetahui ilmu fiqh wanita ini..krn anda jg akan mengajarkan kpd ibu, adik perempuan, saudara perempuan, isteri dan anak perempuan…

Sesungguhnya ilmu Allah iaitu sgt luas, jgn disempitkan dgn ilmu kita yang sedikit, x perlu berhujah utk memenangkan pendapat kita…ulama’2 juga menghormati pendapat ulama’ yang lain…teruskan memperluaskan ilmu kite…

Dan AWAS terhadap HADITH MAWDU’(hadith palsu)….nnt akan sy terangkn lebih terperinci ttg hadith mawdu’…
HADITH MAWDU’ adalah tajuk thesis sy.. Insyaallah akan sy kongsikan ilmu sy yang sedikit ini…

Waallahua’lam